Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN PERUBATAN NUKLEAR

NUCMED

Pengenalan

Jabatan Perubatan Nuklear memberi fokus kepada pengesanan penyakit kanser dan rawatan kanser. Jabatan Perubatan Nuklear di Institut Kanser Negara (IKN) menawarkan perkhidmatan diagnostik, terapeutik dan PET-Scan/Cyclotron.

Jabatan Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara mula beroperasi pada 14 Oktober 2013 dengan menerima pesakit luar (outpatient) pertama bagi rawatan radioiodine untuk hipertiroid (thyrotoxicosis) dan skan tulang (bone scan) manakala perkhidmatan pesakit dalam (in-patient) di wad radionuklid mula beroperasi pada 18 November 2013.

Misi

Memberi perkhidmatan Perubatan Nuklear melalui penggunaan radiofarmaseutikal berkesan dan selamat.

Visi

 Menjadi pusat kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan Perubatan Nuklear yang cekap dan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Objektif
  1. Menyediakan perkhidmatan Nuklear Diagnostik dan Terapeutik yang sesuai, berkesan dan cekap melalui penggunaan bahan radioaktif yang selamat dengan menggunakan modaliti terkini yang disediakan oleh pasukan kakitangan yang berdedikasi dan terlatih.
  1. Untuk menjadi sebuah pusat latihan untuk program Perubatan Nuklear di Negara ini.
  1. Untuk menggalakkan / melaksanakan pembangunan professional berterusan dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
  1. Bertindak sebagai pusat rujukan dalam perubatan nuklear bagi seluruh Malaysia.
Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Perubatan Nuklear ialah:

  1. Diagnostik
  • Perkhidmatan pengimejan dan bukan pengimejan menggunakan bahan-bahan radioaktif seperti Technetium 99m (Tc99m).

Senarai pemeriksaan yang dilakukan adalah:

  • Skan buah pinggang / ginjal (Tc99m-DTPA/MAG-3/DMSA renal scintigraphy)
  • Skan kelenjar tiroid (Tc99m-pertechnetate thyroid scan)
  • Skan kelenjar para-tiroid (Tc99m-sestamibi parathyroid scan – dual phase and/or subtraction technique)
  • Skan tulang (Tc99m-MDP/HMDP/HEDP bone scan)
  • Skan jantung (Tc99m-Tetrofosmin myocardial perfusion or viability study)
  • Iodine 131 (I-131) Whole Body Scan
  • Skan hati (Tc99m-HIDA hepatobiliary scan)
  • Skan hati dan limpa (Tc99m-sulphur colloid liver-spleen scan)
  • Skan limpa (Tc99m-labeled denatured RBC scan)
  • Skan sumsung tulang (Tc99m-sulphur colloid bone marrow scintigraphy)
  • Skan saluran limfa (Lymphoscintigraphy)
  • Meckel's Diverticulum Scan
  • Skan fungsi dan saluran lakrimal atau air mata (Dacryoscintigraphy)
  • Iodine 131 (I-131) MIBG Study
  • Gastro-oesophageal reflux scan
  • Skan paru-paru (Lung Perfusion & Ventilation Study)
  • Skan pendarahan di usus (Gastrointestinal Bleeding Study with Tc99m-labeled RBC or Tc99m-sulphur colloid)
  • Sentinel lymph node mapping (Tc99m-nanocolloid)
  • Cardiac amyloidosis scan (Tc99m-pyrophosphate, PYP)
  • Skan jangkitan kuman (Infection scan with Tc99m-Besilesomab/Scintimun/WBC/3-Phase bone scan)
  • Cisternography & CSF leak study (Tc99m-Sulphur Colloid/DTPA)
  • VP Shunt patency study (Tc99m-sulphur colloid/DTPA)
  • Pleuro-peritoneal leak study (Tc99m-sulphur colloid/DTPA)
  • Fungsi buah pinggang (GFR) melalui kaedah Radionuclide bioassay (Tc99m-DTPA)
  1. Terapeutik
  • Kaedah rawatan dimana bahan radioaktif akan diberikan kepada pesakit melalui suntikan atau secara oral (minum). Antara rawatan radionuklid yang ditawarkan di IKN adalah:
  • Rawatan radioiodin (I-131) untuk kanser tiroid
  • Rawatan radioiodin (I-131) untuk kes hipertiroid (hyperthyroidism/thyrotoxicosis)
  • Rawatan radionuklid (Lu-177 DOTATATE) untuk kanser neuroendocrine (NET)
  • Rawatan radionuklid (Lu-177 PSMA) untuk kanser prostate
  • Selective Internal Radiation Therapy (SIRT) menggunakan Y-90 microsphere untuk kanser hati (liver metastasis)
  • Rawatan radionuklid (Sm-153 EDTMP / Sr-89) untuk bone palliation therapy
  1. PET-CT Scan

PET (Positron Emission Tomography) merupakan prosedur di mana bahan radioaktif (PET Radiopharmaceuticals) disuntik ke dalam pesakit melalui salur vena dan pengimbas khas (PET Scanner) digunakan untuk mengesan sinaran yang dipancarkan dari badan. Skan CT (Computed Tomography) turut digabungkan bersama pengimbas istimewa ini. Oleh itu, PET-CT adalah gabungan dua kaedah iaitu PET dan CT scanner untuk mendapatkan satu pengimejan hibrid bagi membolehkan pengimejan struktur (morphology) serta fungsi dan metabolisme (functional & metabolism) atau kajian fisiopatologi (physio-pathology study) dilakukan serentak.

Radiopharmaceuticals yang digunakan bagi PET-CT Scan ialah: 

  • F-18 FDG (fluorodeoxyglucose)*,
  • Ga-68 DOTA-Peptide (DOTATATE/DOTATOC/DOTANOC)*
  • Ga-68 PSMA*
  • F-18 FDOPA (Fluoro-L Dopa)
  • F-18 FLT (Fluoro-thymidine) dan lain-lain.

*Radiopharmaceuticals yang terdapat di IKN pada masa kini.

Prosedur PET-CT Scan ini digunakan untuk indikasi berikut:

  1. pengimejan kanser
  2. perancangan radioterapi (radiotherapy planning) untuk kanser
  • fever or pyrexia of unknown origin,
  1. jangkitan kuman (infection/inflammation),
  2. cardiac viability
  3. sawan (epilepsy) dan dementia.
  1. Perkhidmatan Cyclotron serta pembekalan

Disamping menawarkan perkhidmatan kepada pesakit, Jabatan Perubatan Nuklear, IKN juga menyediakan perkhidmatan penyediaan dan pembekalan PET-based dan Technetium-based radiopharmaceutical untuk kegunaan hospital dan institusi lain di Semenanjung Malaysia.  

IKN turut menempatkan sebuah cyclotron yang merupakan sebuah mesin pemecut zarah (particle accelerator). Mesin ini akan memecutkan zarah proton didalam medan magnetik seterusnya menghasilkan radioactive isotopes yang boleh digunakan untuk tujuan pengimejan.

Peta ke lokasi bangunan PET-CT boleh dicapai di sini.

SENARAI BORANG/DOKUMEN JABATAN
 BIL. SENARAI DOKUMEN JABATAN NUKLEAR
 1. Borang Permohonan Kajian/Rawatan Radioisotop (Nuclear Medicine General Request Form) Klik
 2. Borang Permohonan Kajian Perfusi Jantung (Myocardial Perfusion Study Request Form) Klik
3.

Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form)

Klik
 4. Panduan Ujian Perfusi Jantung (BM) Klik
 5. Panduan Ujian Perfusi Jantung (Myocardial Perfusion Study Patient Information/Instruction) Klik
6. Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form) untuk Somatostatin Receptor (SSTR), Ga-68 DOTA-peptide Klik
7. Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form) untuk PSMA for Prostate Cancer Klik