Pengenalan
Promosi kesihatan dan pendidikan pesakit berkaitan dengan penyakit kanser adalah penting bagi membolehkan pesakit memahami tentang penyakit kanser dan rawatannya. Secara umumnya, program pendidikan kesihatan berperanan memberikan kesedaran kepada pesakit tentang penyakit kanser yang mereka alami dan memperkasakan mereka untuk mengurus penyakit mereka dengan berkesan.
Ini adalah bertepatan dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menitik beratkan aspek promosi kesihatan yang menggalakkan masyarakat untuk mengambil berat tentang kesihatan mereka dan menggalakkan penyertaan masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, ia adalah satu tanggungjawab unit ini untuk merancang strategi mereka dan menjalankan program pendidikan kanser pesakit yang spesifik untuk meningkatkan kesedaran pesakit dan kognitif sosial dalam menguruskan gaya hidup mereka dari semasa ke semasa.
PeRKHIDMATAN
- Klinik Berhenti Merokok
Perkhidmatan ini diberikan kepada pesakit dari wad-wad dan klinik-klinik sama ada yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan atau kes bukan rujukan seperti individu dan kakitangan lain. - Pendidikan Pesakit dan Khidmat Nasihat Individu
Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum berkenaan kanser dan rawatannya supaya pesakit tahu apa yang mereka akan lalui sepanjang mendapat rawatan kanser. - Aktiviti Kumpulan Sokongan (Support Group)
Bersama dengan Unit Kerja Sosial Perubatan akan menguruskan aktiviti pendidikan kesihatan dan perbincangan kumpulan untuk sokongan emosi dan rohani pesakit kanser secara berkumpulan yang akan dikendalikan oleh Cancer Survivor di bawah naungan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan kanser. - Edaran Bahan Pendidikan Kesihatan
Kakitangan, pesakit dan orang awam boleh memperolehi bahan-bahan promosi dan pendidikan kesihatan dari Unit ini dengan menggunakan borang yang disediakan. Bahan-bahan ini juga akan turut diedarkan ke wad-wad dan jabatan-jabatan lain secara berkala. - Perkhidmatan Mencetak, Merekabentuk dan Laminating Bahan-Bahan Pendidikan Kesihatan
Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada jabatan-jabatan, unit-unit, wad-wad dan klinik-klinik di IKN. Mana-mana jabatan, unit, klinik atau wad yang memerlukan bantuan dalam membuat cetakan bahan-bahan promosi dan pendidikan kesihatan. - Aktiviti Pameran Kesihatan
Pameran kesihatan akan diadakan di ruang pameran (Lobi Pesakit Luar) mengikut jadual bulanan yang telah ditetapkan. - Perkhidmatan Pinjaman Alatan Audio dan Perkhidmatan Fotografi / Rakaman Video
Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada jabatan, unit, wad dan klinik di IKN dan perlu memaklumkan sekurang-kurang seminggu sebelum mendapatkan perkhidmatan berkenaan.