Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Jabatan Kecemasan Kanser

Pengenalan

Jabatan Kecemasan Kanser Institut Kanser Negara ialah perkhidmatan khusus yang menyediakan rawatan kecemasan kepada pesakit kanser. Ia menyediakan rawatan kecemasan selama 24 jam yang merangkumi kenal pasti, penilaian, resusitasi, rawatan, penstabilan dan pelupusan rawatan kecemasan onkologi untuk pesakit kanser di Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

Misi

Untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien, bersesuaian, mengutamakan pesakit dan keluarga pesakit serta pasukan yang terdiri daripada pelbagai disiplin untuk merawat pesakit kanser dengan cekap dan selamat

Visi

Untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan kanser yang berkesan, dalam persekitaran yang cekap, mesra dan selamat serta menekankan kualiti dan maruah pesakit, berbudi bahasa dan penuh belas kasihan.

Objektif

Untuk mengenalpati dan menyediakan rawatan kecemasan kanser yang segera dan cekap untuk mencapai pemulihan dengan pantas,, pengurusan kesakitan yang optimum dan mengurangkan risiko komplikasi di kalangan pesakit kanser.

Piagam Pelanggan

“Komitmen kami adalah memberikan perkhidmatan kecemasan yang cekap, tepat dan berkesan kepada pesakit kanser”

Semua pesakit akan melalui proses saringan (triage) mengikut tahap kecederaan atau ketenatan pesakit.

  • Zon Resusitasi : Kes-kes kecemasan yang tidak stabil akan dirawat dengan segera.
  • Zon Konsultasi : Kes-kes yang stabil dan bukan kecemasan akan dirawat dalam jangka masa 90 minit
  • Kes-kes yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk kepada Pakar-Pakar dari jabatan yang lain mengikut penyakit pesakit.

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan :

  1. Mematuhi semua undang-undang, arahan dan peraturan berkaitan.
  2. Memahami masa rawatan atau masa menunggu bergantung kepada kategori kecemasan penyakit dan kecederaan.
  3. Memberi maklumat yang lengkap dan tepat yang diperlukan dalam mendapatkan perkhidmatan.

Menggunakan segala kemudahan yang disediakan denga bertanggungjawab.

Perkhidmatan

Skop pelanggan dan perkhidmatan Jabatan Kecemasan Kanser dikhususkan kepada pesakit kanser dan pesakit pembedahan gastro usus atas. Rawatan diutamakan mengikut keadaan klinikal pesakit dan diberikan secara menyeluruh mengikut kepentingan dan keperluan setiap pesakit.

Perkhidmatan jabatan adalah berpandukan dasar Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma dengan beberapa pengubahsuaian selari dengan skop perkhidmatan Institut Kanser Negara.