Pengenalan
Penjagaan paliatif merupakan salah satu perkhidmatan yang menumpukan kepada peningkatan kualiti hidup di kalangan pesakit yang berhadapan dengan penyakit yang mengancam nyawa. Bagi sesetengah keadaan, penyakit kanser masih boleh berkembang walaupun telah menggunakan perbagai kaedah perubatan moden sewaktu merawat penyakit. Terdapat beberapa komplikasi kesan daripada penyakit kanser seperti sesak nafas, mual dan kemurungan. Bidang penjagaan paliatif telah dibangunkan sejak awal 1990-an dan perubatan paliatif telah diiktiraf di Malaysia sejak tahun 2005 lagi.
PERKHIDMATAN
- Perubatan Paliatif Di Institut Kanser Negara
Tujuan Institut Kanser Negara dibina adalah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam penjagaan kanser. Unit penjagaan Paliatif merupakan salah satu perkhidmatan teras di Institut Kanser Negara. Unit ini dikendalikan oleh seorang perunding sepenuh masa yang terlatih serta beberapa orang pegawai perubatan dan jururawat bagi menjaga semua pesakit yang memerlukan lebih tumpuan dari segi psikologi, rohani dan sosial akibat daripada kesan penyakit tersebut. Pesakit yang dilihat sebagai kes perundangan masih boleh menjalani rawatan aktif daripafa pakar onkologi.
- Pengurusan Bagi Penyakit Barah
Kebanyakan pesakit kanser akan mengalami perubahan kualiti hidup secara drastik. Kira-kira 90% daripada semua penyakit kanser dapat dikurangkan menggunakan ubat-ubatan seperti morfin. Sesetengah pesakit beranggapan ubat-ubatan seperti morfin dapat memendekkan jangka hayat atau boleh menyebabkan ketagihan. Ia sama sekali tidak benar kerana dos yang diberikan kepada pesakit adalah bersesuaian dengan antibodi dan keadaan pesakit.
- Homecare
Perkhidmatan homecare yang ditawarkan di Institut Kanser Negara (IKN) merupakan salah satu komponen utama dalam perkhidmatan penghantaran penjagaan paliatif. Fungsi utama home nursing adalah untuk memberi penjagaan yang berterusan kepada pesakit walaupun selepas dibenarkan keluar daripada IKN. Perkhidmatan homecare ini merupakan perkhidmatan perintis bagi membangunkan lagi peranan jururawat kemasyarakatan dalam bidang onkologi dan penjagaan paliatif. Unit home nursing berfungsi sebagai satu unit yang berasingan tetapi masih di bawah pengawasan unit perubatan paliatif.
Perkhidmatan ini dapat memberi manfaat kepada pesakit kerana pesakit dapat meluangkan lebih banyak masa di luar hospital dan ia sekaligus dapat meningkatkan lagi psikologi dan ruang sosial pesakit. Pesakit yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi memerlukan perhatian perubatan bolehlah dirujuk untuk mendapatkan rawatan. Pinjaman peralatan dan prosedur mudah seperti penukaran keterer kencing, penukaran tiub makanan dan pengurusan luka akan diajar kepada penjaga pesakit. Kakitangan yang bertanggungjawab akan membantu dalam mengatur pengangkutan dan kemasukan pesakit ke hospital sekiranya keadaan pesakit semakin berlarutan. Unit home nursing hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja. Pesakit yang memerlukan perhatian segera selepas waktu pejabat digalakkan untuk menghubungi unit kecemasan IKN secara langsung.