Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU)

Pengenalan

Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) telah ditubuhkan pada 9 September 2013 dan terletak di aras 5 Institut Kanser Negara (IKN) bersebelahan dengan Dewan Bedah .

Misi

Menyediakan Perkhidmatan Bekalan Bahan Steril dengan memberi keutamaan  kepada pelanggan melalui proses pensterilan yang berkualiti dan bebas daripada jangkitan mikroorganisma dan dijalankan  oleh  kakitangan yang cekap.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan bahan  steril menggunakan  teknologi terkini, kos yang lebih efektif dan bebas jangkitan.

Objektif
  1. Untuk mengelakkan jangkitan yang diperolehi semasa di hospital melalui perkhidmatan CSSU yang cekap.
  1. Untuk memastikan bekalan set steril dan bahan pakai buang adalah
  1. Melaksanakan kerja mengikut tugasan yang telah diberikan.
Piagam Pelanggan
  1. Semua pelanggan akan dilayan dengan sopan dan bertanggungjawab.
  1. Untuk membekalkan bekalan yang mencukupi dan tepat pada masanya kepada semua jabatan/unit yang berkaitan. Bekalan segera akan siap dalam masa 3 jam dari permintaan.
Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh CSSU adalah seperti berikut:

  1. Dekontaminasi instrumen dan set
  1. Pemprosesan sets dan instrumen
  1. Menyediakan linen dan soft goods
  1. Perkhidmatan Pensterilan                    
  1. Membekalkan peralatan steril, linen dan soft goods ke Dewan Bedah, Wad dan Unit.