Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Pengurusan Perubatan

Pengenalan

Unit Pengurusan Perubatan (UPP) Institut Kanser Negara (IKN) ditubuhkan pada bulan Jun 2020 sebagai sebahagian usaha untuk menambahbaik operasi IKN. UPP bertujuan untuk membantu pengurusan tertinggi dalam tadbir urus IKN melalui perancangan strategi, penyelarasan, dan pemantauan aktiviti bagi memastikan perkhidmatan di IKN berjalan dengan baik, mematuhi undang-undang, dan memastikan kesinambungan perkhidmatan​.

IKN telah menubuhkan Unit Penjagaan Luka (UPL) pada tahun 2015 di bawah pengurusan perubatan diketuai oleh Ketua Jabatan Pembedahan dan beberapa warga kerja yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat U32  dan dua orang Jururawat yang memiliki Pos Basik Perawatan Luka.

Misi

Mewujudkan sistem tadbir urus yang profesional, efisien, relevan, dan berkesinambungan bagi memastikan keseluruhan perkhidmatan kesihatan di IKN, hospital, dan pengurusan berjalan lancar dan selamat.

Visi

Menjadi pengurus operasi IKN ke arah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mematuhi undang-undang etika perubatan dan garis panduan serta memastikan perjalanan tadbir urus, perkhidmatan klinikal, tugasan khas, dan projek pembangunan berjalan mengikut spesifikasi dan masa yang ditetapkan.

Objektif
  1. Menghubungkan Pengurusan Tertinggi IKN dengan Jabatan-jabatan klinikal, Sokongan Klinikal, dan Pengurusan:

  Menyediakan penyampaian maklumat (communication), pemudah cara tugasan (facilitate), dan penyelesaian pemasalahan (problem solving) yang lebih efisien dan sistematik.

  1. Mengenal pasti, meneliti, dan membantu Pengurusan Tertinggi IKN:

 Dalam tadbir urus Perkhidmatan Klinikal dan Pengurusan Pesakit di IKN.

  1. Memberi pendedahan dan bimbingan terus kepada pegawai:

Dalam aspek kepimpinan, pengurusan hospital, kesihatan awam, penyelidikan menerusi tugasan pemantauan aktiviti, dan pementoran bagi latihan-latihan berstruktur anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi.

  1. Memastikan pelaksanaan portfolio utama dalam penyelarasan penyampaian perkhidmatan di IKN:

Sistem Casemix MalaysianDRG, Hospital Kluster Klang Valley 4 (KKV4), Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP), Business Continuity Management System (BCMS), Medikolegal, Sekretariat Pelan Strategik, lain – lain tugas khas berkaitan pengurusan hospital.

Piagam Pelanggan

Unit Pengurusan Perubatan akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.  Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji: 

  1. Menjadi pemudahcara dalam menjayakan inisiatif atau program yang melibatkan lain-lain Jabatan/Unit/Bahagian dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan.
  2. Membantu dalam mempercepatkan proses melaksanakan agenda atau program untuk kepentingan perkhidmatan.
  3. Memastikan kesinambungan perkhidmatan dilaksanakan dengan melaksanakan pengurusan risiko yang sistematik dan berkesan.
  4. Menyelaras dan memantau aktiviti bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang efisien dan berkesan.
Perkhidmatan

UTAMA

  1. Business Continuity Management System (BCMS)
  2. Hospital Kluster Klang Valley 4 (KKV4)
  3. Casemix
  4. Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)
  5. Medikolegal
  6. Pelan Strategik

MINOR

  1. Bed Management Team (BMT)
  2. Fasiliti 360 CRPRC
  3. Mesyuarat MDAC
  4. Mesyuarat Pakar
  5. PekaB40
  6. Teknologi Kesihatan
  7. Penyumberluaran