Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN REKOD PERUBATAN

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan merupakan Pekhidmatan Sokongan di Institut Kanser Negara. Jabatan ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit, Pengurusan Laporan Perubatan, Penubuhan Lembaga Perubatan dan Pengurusan Data atau maklumat Perawatan Pelanggan bagi membantu pihak institusi dalam memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.

Misi
  1. Memberi perkhidmatan Pengurusan rekod perubatan yang cekap, berkesan dan berkualiti melalui kerja berpasukan dan mesra pelanggan serta menjadi pusat utama sumber maklumat perubatan kepada KKM; dan
  2. Membuat kajian dan penyelidikan dalam menghasilkan maklumat perubatan yang tepat ke arah peningkatan kualiti hidup pesakit Kanser.
Visi

Memberi perkhidmatan pengurusan rekod perubatan pesakit yang terbaik demi mencapai perancangan pengurusan hospital dalam pengurusan rawatan kanser.

Objektif
  1. Memastikan rekod perubatan fizikal diselenggara dengan baik mengikut tatacara seperti mana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit bagi Hospital dan Institusi Perubatan;
  2. Bekerjasama dengan Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) untuk memastikan keselamatan rekod perubatan digital/Electronic Medical Record (EMR) tidak dicerobohi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab;
  3. Memastikan semua permohonan laporan perubatan yang lengkap diproses mengikut prosedur;
  4. Melindungi kepentingan dalam aspek perundangan dan sosial bagi pesakit yang menerima rawatan di institusi ini dengan mengamalkan kerahsiaan rekod perubatan pesakit; dan
  5. Menyediakan laporan perangkaan Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) yang tepat seperti yang diperlukan oleh pihak pengurusan IKN dan KKM.
Piagam Pelanggan
  1. Setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Rekod dilayan dengan serta merta dan cepat;
  2. Setiap permohonan Laporan Perubatan yang diterima lengkap dari pemohon akan diproses dalam tempoh empat (4) minggu hari bekerja;
  3. Pinjaman Rekod Perubatan Pesakit yang lengkap dapat disediakan dalam masa sepuluh (10) minit; dan
  4. Laporan Perangkaan bulanan (HMIS) dihantar ke Pusat Informatik Kesihatan (PIK) sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.
Perkhidmatan

1. Pengurusan rekod - Rekod Perubatan Pesakit (RPP)

  1. Mengendalikan urusan berkaitan dengan penyimpanan dan
  2. pengurusan rekod perubatan dengan selamat dan teratur.
  3. Mengendalikan pelupusan rekod perubatan yang telah
  4. mencapai tempoh simpanan selaras dengan peraturan yang telah
  5. ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia dengan merujuk
  6. kepada Jadual Pelupusan Rekod Perubatan.

2. Pengurusan Laporan Perubatan

Menguruskan penyediaan pelbagai laporan perubatan termasuk laporan perubatan yang dimohon oleh pihak polis, agen insurans, jabatan kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, PERKESO dan orang perseorangan.

3. Pengurusan Lembaga Perubatan

Bertanggungjawab sebagai urus setia persidangan Lembaga Perubatan yang ditubuhkan atas arahan Pengarah IKN.

4. Pengurusan Statistik Hospital

Menyediakan laporan statistik untuk KKM.