Pengenalan
Unit Penyeliaan bertanggungjawab memastikan operasi setiap unit yang ada berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan, keselamatan dan juga mengendalikan program/aktiviti IKN.
Bagi PPP yang berkhidmat di jabatan/unit sokongan klinikal pula, PPP bertanggungjawab membantu Pakar/Pegawai Perubatan dalam memberi perawatan, pengendalian pesakit, pengendalian peralatan perubatan dan juga melakukan prosidur-prosidur minor mengikut arahan doktor.
PeRKHIDMATAN
1. Penolong Pegawai Perubatan (PPP)
- PPP merupakan salah satu ahli pasukan di dalam pemberian perkhidmatan kesihatan. Ia juga merupakan aset penting dalam membantu pasukan pengurusan kanser di Institut Kanser Negara (IKN). Skop tugas PPP di IKN adalah mengikut jabatan/unit PPP ditempatkan seperti di Unit Penyeliaan Hospital, Unit Kecemasan, Jabatan Perubatan Nuklear dan lain-lain.
- PPP yang bertugas di IKN adalah mengikut penempatan PPP tersebut samada jabatan/unit itu memerlukan PPP bekerja waktu pejabat atau pun shif. Bagi sesetengah jabatan/unit pula PPP dikehendaki menjalankan tugas atas panggilan seperti di Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah, Mortuari dan lain-lain.
2. Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)
- PPK juga adalah salah satu ahli pasukan di dalam memberi perkhidmatan kesihatan di IKN. Keperluan dan agihan PPK boleh dibahagi kepada 2 dikategori iaitu bahagian pesakit luar(klinik) dan pesakit dalam(wad). Setiap PPK adalah diwajibkan menjalani kursus Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang akan dikendalikan semasa dalam perkhidmatan.
- Antara tugas-tugas khas adalah seperti di Unit Fisioterapi, Dewan Bedah, Mortuari dan CSSD di mana mereka perlu menjalani kursus Tahap 3. Manakala tugas-tugas am pula adalah memberi orientasi, penjagaan kebersihan pesakit, membuat saringan mudah, membantu paramedik/doktor melakukan prosidur, penghantaran pesakit, perkhidmatan kaunter dan lain-lain.
PENEMPATAN
1. Penempatan PPP dan PPK di jabatan/unit IKN adalah seperti ketetapan di bawah ini :
- Unit Kecemasan
- Mortuari
- Dewan Bedah
- Unit Rawatan Rapi
- Jabatan Perubatan Nuklear
- Jabatan Radioterapi
- Klinik Onkologi
- Klinik Multidisiplin
- Pusat Rawatan Harian
- Perubatan Tradisional Dan Komplementari (TCM)
- Penyelidikan dan Kualiti
- Penyeliaan Hospital
2. Jabatan/unit penempatan PPK selain di atas.
- Wad-wad
- Fisioterapi
- Patologi
- Farmasi
- Unit Rawatan Kanser di Rumah (Home Canser Care Unit )