LATAR BELAKANG
Perpustakaan Institut Kanser Negara (IKN) telah beroperasi semenjak Januari 2014, merupakan unit di bawah Jabatan Pengurusan IKN. Unit Perpustakaan bertanggungjawab untuk membina dan memulihara koleksi mengenai kesihatan dan perubatan terutamanya berkaitan kanser, menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan serta perkhidmatan kesedaran semasa untuk pegawai dan kakitangan IKN. Unit Perpustakaan dianggotai seramai tiga orang kakitangan. Diketuai oleh seorang Pustakawan S44, seorang Penolong Pustakawan S29 dan seorang Pembantu Perpustakaan S17.
OBJEKTIF
- Membangunkan koleksi sumber maklumat keilmuan di bidang perubatan kanser, kesihatan dan bidang berkaitan institut melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan efektif.
- Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi menyokong institut dalam aktiviti penggubalan dasar, perancangan, penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat dan pembudayaan ilmu.
PERKHIDMATAN
- Sirkulasi
- Bacaan dan Rujukan
- Pinjaman Antara Perpustakaan
- Jurnal Atas talian –Virtual Library
- Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat
- Perkhidmatan Maklumat Semasa
- Program Galakan Membaca/Pembudayaan Ilmu
KEMUDAHAN
Perpustakaan menawarkan pelbagai kemudahan antaranya ialah komputer, bilik perbincangan, ruang santai/rehat, ruang membaca dan tempat letak beg.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin – Khamis: | 8.00 pagi - 5.00 petang |
Jumaat: | 8.00 pagi - 12.15 tengah hari |
2.30 petang - 5.00 petang | |
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: | Tutup |
GALERI AKTIVITI
Books on Wheels
Kuiz Kemerdekaan
Pertandingan Swafoto Sempena Sambutan Kemerdekaan
Pertandingan Melukis Potret Sempena Kemerdekaan
Lawatan dan Perkongsian Pengalaman bersama Hospital Kuala Lumpur dan Perpustakaan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
Bengkel Hands On Virtual Library KKM
Bengkel Menghias Kek Cawan