Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT FISIOTERAPI

Pengenalan

Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi IKN memberikan perkhidmatan dalam pemulihan maksimum anggota badan yang merangkumi pemulihan pergerakan dan fungsi anggota badan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser. Di samping itu, Unit Fisioterapi turut menyediakan pendidikan kesihatan bagi pesakit dan menjadi pusat latihan dan pembelajaran bagi fisioterapi dari lain-lain hospital/daerah dan pelatih-pelatih fisioterapi.

Misi
  1. Membangunkan program pemulihan berasaskan evidence based yang mengutamakan pencapaian tahap kebebasan optimum pesakit berkenaan dengan ketidakupayaan mereka; dan
  2. Menjadi pusat rujukan untuk pengurusan fisioterapi  pesakit kanser, pemulihan paliatif dan terapi limfidema.
Visi

Unit Fisioterapi komited untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk rehabilitasi kanser yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup pesakit kanser dan kanser survivor.

Objektif
  1. Untuk menjadikan Unit Fisioterapi sebagai pusat kecemerlangan rehabilitasi kanser;
  2. Untuk menyediakan latihan klinikal kepada ahli fisioterapi dengan penekanan pada kemahiran dan clinical reasoning dalam pelbagai skop pengurusan kanser;
  3. Untuk membangunkan dan mengukuhkan bidang sub-khusus penjagaan paliatif dan terapi limfidema; dan
  4. Meningkatkan penyelidikan dalam bidang rehabilitasi kanser.
Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Perkhidmatan Fisioterapi adalah seperti berikut:

Kami berazam untuk:

  1. Memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama;
  2. Menjaga maruah dan kerahsiaan setiap pesakit; dan
  3. Memastikan pesakit menerima rawatan tepat pada masanya mengikut piawaian berikut:

i. Pesakit Luar

  1. Pendaftaran kes baharu dalam tempoh 20 minit dan kes ulangan dalam tempoh 15 minit selepas ketibaan;
  2. Menerima rawatan dalam 30 minit selepas pendaftaran; dan
  3. Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang dijadualkan kecuali kes akut dan kecemasan.

ii. Pesakit Dalam

     Setiap kes akan diberi rawatan dalam tempoh 24 jam hari bekerja selepas rujukan diterima.

Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Pesakit Dalam

  1. Pengurusan fisioterapi rawatan rapi;
  2. Pengurusan fisioterapi kardiorespiratori;
  3. Pengurusan fisioterapi sebelum pembedahan; dan
  4. Pengurusan fisioterapi selepas pembedahan.

2. Perkhidmatan Pesakit Luar Am

  1. Pengurusan Kesakitan; dan
  2. Pengurusan Fisioterapi Muskuloskeletal.

3. Perkhidmatan Khusus

  1. Pengurusan Fisioterapi Limfedema;
  2. Pengurusan Fisioterapi Paliatif;
  3. Kesihatan Wanita; dan
  4. Pengurusan Sakit Kronik.

4. Perkhidmatan Pelbagai Disiplin

     Program Lawatan ke Rumah