Pengenalan
Mengikut Traditional and Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Health Care), Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) di Malaysia mempunyai tiga ciri-ciri unik. Pertama, PT&K di Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi warisan, sejarah, bahasa, falsafah, etnik asal, taburan geografi, dan tahap perkembangan amalan. Kedua, PT&K sangat berkaitan dengan budaya dan warisan setiap etnik di Malaysia. Ketiga, penyediaan perkhidmatan PT&K di Malaysia dikuasai oleh sektor swasta (terutamanya pemilik tunggal) dengan penglibatan sektor awam yang terhad.
Susulan daripada itu, Institut Kanser Negara (IKN) telah dikenalpasti sebagai salah satu institusi untuk memberikan perkhidmatan PT&K khusus kepada pesakit kanser. Hospital – hospital lain yang turut menawarkan perkhidmatan yang sama kepada pesakit kanser ialah Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor), dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (Hospital Likas, Sabah)
Perkhidmatan klinikal Unit PT&K, IKN mulai beroperasi pada 5 Disember 2013 dengan memberikan rawatan akupunktur. Manakala terapi herba ditawarkan di Unit PT&K, IKN pada 17 Mac 2014. Terapi herba ini hanyalah sebagai terapi sokongan untuk pesakit kanser bukan terapi pengganti perawatan kanser.
MISI
Untuk memimpin pengurusan penyakit kanser menggunakan PT&K dengan:
- Memberikan rawatan perubatan tradisional dan komplementari berkualiti.
- Memberi pendidikan kesihatan.
- Melatih dan terlibat dalam penyelidikan berkaitan perubatan tradisional dan komplementari.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan penyakit kanser menggunakan perubatan tradisional dan komplementari.
OBJEKTIF
- Menjadi pusat rujukan nasional yang menyediakan perkhidmatan PT&K yang komprehensif dalam perawatan kanser
- Untuk memberi pendidikan kepada kakitangan perubatan dan orang ramai untuk meningkatkan kesedaran PT&K dalam perawatan kanser
- Untuk menjalankan penyelidikan PT&K bertujuan untuk meningkatkan kualiti perawatan PT&K dalam penjagaan kanser.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit akan diberi peluang untuk dirawat oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari mengikut temujanji
- Setiap pesakit yang diberi temujanji akan dirawat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Bagi melaksanakan piagam pelanggan dengan lebih berkesan, anda adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi peraturan-peraturan hospital
- Menggunakan kemudahan yang sedia ada dengan bertanggungjawab
Perkhidmatan
1. Akupuntur
Skop Rawatan:
- Mengurangkan kesakitan pesakit kanser yang mengalami sakit kronik.
- Membantu pemulihan pesakit pasca-strok.
- Membantu melegakan loya dan muntah kesan daripada kemoterapi.
2. Terapi Herba
Skop Rawatan:
- Sebagai terapi sokongan/sampingan kepada rawatan kanser konvensional, iaitu setelah pesakit kanser menjalani pembedahan atau selesai rawatan radioterapi atau kemoterapi.
- Meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.
- Melegakan kesan sampingan daripada:
- Radioterapi (seperti kering mulut, keletihan,hilang selera makan dan lain-lain)
- Kemoterapi (seperti loya, muntah, hilang selera makan dan lain-lain)