Visi
Menjadikan perkhidmatan perhubungan awam medium yang berkesan sebagai penghubung di antara orang awam dan Institut Kanser Negara dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik secara berterusan.
MISI
Komited memberi perkhidmatan perhubungan awam yang dinamik dan efisien dalam pengurusan aduan, media, lawatan dan aktiviti-aktiviti perhubungan awam di peringkat Institut Kanser Negara.
OBJEKTIF
- Mengurus, memantau dan menyelaras semua aduan yang diterima.
- Memantau isu-isu berkaitan Institut Kanser Negara di media massa.
- Menyelaras dan mengurus lawatan ke Institut Kanser Negara.
- Menyelaras liputan media bagi majlis rasmi Institut Kanser Negara.
- Membantu dalam publisiti dan promosi program Jabatan di Institut Kanser Negara.
- Meningkatkan aspek perhubungan awam di Institut Kanser Negara.
- Meningkatkan dan memelihara imej Institut Kanser Negara.
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi maklum balas awal secara bertulis dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima bagi setiap aduan pelanggan;
- Merahsiakan segala maklumat mengenai pengadu dan lain-lain data peribadi mereka;
- Memastikan setiap pertanyaan pelanggan dilayani dengan sebaik mungkin dengan memberi maklumat yang tepat, lengkap dan terkini di Kaunter Informasi dalam tempoh 24 jam; dan
- Memberi layanan yang mesra, sopan dan berbudi bahasa dalam suasana penyayang.