Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT KANSER REGISTRI

Pengenalan

Jabatan Registri Kanser Kebangsaan (NCR), Institut Kanser Negara (IKN) menjadi pengkalan bagi pengumpulan data kes baharu penyakit kanser dalam kalangan warganegara Malaysia. NCR telah pun mempunyai data beban kanser di Malaysia yang lengkap dari tahun 2007. Sumber maklumat yang dikumpulkan adalah dari pelbagai sumber termasuk:

  1. Sistem notifikasi kanser kebangsaan (MyHDW)
  2. Jabatan Patologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta
  3. Jabatan Pendaftaran Negara.
  4. Pusat Informatik Kesihatan,KKM
  5. Jabatan Radioterapi & Onkologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta.
Misi

Misi Jabatan Registri Kanser Kebangsaan berlandaskan misi Institut Kanser Negara iaitu ke arah:

  1. Menyediakan pengurusan rawatan kanser yang terbaik untuk pesakit kanser.
  1. Menjadi pusat pembelajaran dan latihan kepakaran kepada pelbagai kategori anggota kesihatan termasuk Pakar,
    Pegawai Perubatan, Ahli Sains Bersekutu dan Paramedik dalam pengurusan dan perawatan kanser.
  1. Menjadi pusat dan peneraju dalam kajian kanser di Malaysia meliputi aspek pencegahan, rawatan dan penjagaan pesakit kanser dengan kerjasama agensi-agensi lain dari dalam dan luar negara.
Visi

Visi Jabatan Registri Kanser Kebangsaan berlandaskan visi Institut Kanser Negara iaitu menjadi peneraju utama dalam pengurusan rawatan kanser, pendidikan dan penyelidikan ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser dan cancer survivor.

Objektif

Objektif Registri Kanser Kebangsaan:

  1. Untuk menentukan beban penyakit kanser mengikut faktor demografik, geografik, kadar kematian kanser dan ‘survivorship’ bagi membantu pengubal dasar dalam pembentukan Pelan Strategik Program Kawalan dan Pencegahan Kanser di Malaysia
  2. Untuk mengenalpasti kumpulan yang berisiko mendapat kanser bagi  mendorong  pelaksanaan program pencegahan dan pengesanan awal kanser lebih berfokus kepada kumpulan sasaran yang wajar.
  3.  Menilai keberkesanan pelaksanaan Program Kawalan dan Pencegahan Kanser di Malaysia
  4.  Meningkatkan perkongsian data kanser dengan para profesional melalui penerbitan laporan data kanser secara berkala
  5.  Meningkatkan penggunaan data registri kanser dalam aktiviti penyelidikan berkaitan kanser di Malaysia
  6. Menjalankan latihan secara terancang bagi meningkatkan notifikasi kanser dan kemahiran anggota registri dalam pengurusan data registri kanser
Piagam PelanggaN
  1. Semua pelanggan akan dilayan secara professional dengan jujur,mesra, hormat dan bertimbang rasa tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosioekonomi.
  1. Semua pelanggan akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  1. Segala maklumat pelanggan akan dikendalikan dengan penuh rahsia (strict confidentiality) dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
PERKHIDMATAN

Jabatan Registri Kanser Kebangsaan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-

  1. Pengurusan data Registri Kanser (Hospital Based Cancer Registry & Population based Cancer Registry)
  1. Penyelidikan Kanser Epidemiologi
  1. Penerbitan dan Laporan Kanser
  1. Latihan