Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Hal Ehwal Islam

PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Institut Kanser Negara. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan S32, kader daripada Jabatan KemajuanIslam Malaysia (JAKIM).  
Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program penerapan nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.

 

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan warga kerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
  2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni dikalangan wargakerja semasa bertugas
  3. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisyen.
  4. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
  5. Melahirkan wargakerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit
VISI

Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan hal ehwal Islam ke arah melahirkan wargakerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.

MISI

Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua wargakerja dan pesakit.

PIAGAM PELANGGAN

1. Tanggungjawab kepada hospital.

  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
  • Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
  • Sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama.

2. Perkhidmatan kepada wargakerja hospital.

  • Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-Nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
  • Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada wargakerja hospital.

3. Perkhidmatan kepada pesakit dan waris.

  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
  • MZiarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
AKTIVITI

1. Program Pemberian Makanan Percuma

 

Picture1