Pengenalan
Unit Kejururawatan beroperasi di bawah pentadbiran Pengarah IKN dan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat (KPJ) yang bertanggung jawab dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran bagi semua kategori anggota kejururawatan.
Unit Kejururawatan telah ditubuhkan pada 15 Julai 2013, selaras dengan tarikh operasi rasmi IKN pada 1 September 2013. Di awal pengoperasian IKN, Unit Kejururawatan telah diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Datin Norhayati binti Ramli dengan kekuatan berjumlah 438 orang jururawat dari pelbagai kategori.
Pada 3 September 2013 hanya Klinik Onkologi yang telah beroperasi dan diikuti oleh wad 7A (Radoiterapi dan Onkologi) dan pengoperasian unit kejururawatan berkembang sehingga tahun 2023.
Setelah 10 tahun pengoperasian, unit kejururawatan kini diterajui oleh KPJ Nik Suraya binti Nik Hussin dengan kekuatan berjumlah 475 orang jururawat dan telah ditempatkan di semua jabatan, wad dan klinik termasuk di PET-CT.
Misi
Untuk melatih jururawat berpengetahuan, berkemahiran, cekap dan menjadi pasukan bermotivasi tinggi yang berorientasikan kepada amalan kejururawatan yang selamat dan berkualiti.
Visi
Seiring dengan visi IKN untuk menjadi Pusat Kecemerlangan dalam penjagaan Kanser. Unit kejururawatan akan menyediakan penyampaian penjagaan kejururawatan yang cekap, sesuai dari segi teknologi, mesra pelanggan dan menghormati maruah manusia semua lapisan masyarakat.
Objektif
Untuk memotivasikan dan memfasilitasi kecekapan kakitangan dengan mengekalkan standard penjagaan yang tinggi melalui Pembangunan profesional Kejururawatan berterusan dan penglibatan dalam aktiviti peningkatan kualiti.
Untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan:
- Pelanggan – selamat, berkesan, berpusatkan pelanggan; dan
- Kakitangan – pembangunan pembawa, pembelajaran, latihan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan Kejururawatan menyumbang kepada tenaga kerja terbesar di IKN. Penempatan jururawat adalah mengikut jabatan/unit dan wad di IKN iaitu di Jabatan Radioterapi & Onkologi, Jabatan Radiologi, Jabatan Paliatif & Perawatan Pesakit di Rumah, Jabatan Perubatan Nuklear, Jabatan Pembedahan Onkologi, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Unit Dewan Bedah Am & Brakiterapi, Unit Rawatan Kanser Akut, Klinik Multi Displin,Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi, Unit Pendidikan Kesihatan, Unit Tradisional dan Komplimentari, Wad Multi Disiplin, Unit Pensterilan, Unit Kesihatan Awam, Pusat Pengambilan Darah dan PET-CT.