Pengenalan
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Institut Kanser Negara (IKN) telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Oktober 2014 dengan fungsi untuk menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan di fasiliti IKN. Pelbagai aktiviti, latihan dan konsultasi berkaitan penyelidikan telah diadakan saban tahun secara berterusan bagi mempromosi aktiviti penyelidikan bagi mewujudkan asas penyelidikan yang baik dan beretika di kalangan penyelidik IKN.
Misi
Untuk meningkatkan hasil kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.
Visi
Untuk menjadi institusi penyelidikan kanser terkemuka di rantau ini.
Objektif
- Menjadi pemangkin untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan penyelidikan seterusnya memenuhi Key Performance Indicator (KPI) penyelidikan KKM; dan
- Membangunkan IKN sebagai salah satu institut penyelidikan yang terkemuka di Malaysia.
Piagam Pelanggan
CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada setiap pelanggan dengan:
- membantu pelanggan dalam menjalankan penyelidikan klinikal;
- mempromosikan penyelidikan melalui program-program pendidikan penyelidikan seperti kursus-kursus berkaitan dan klinik konsultasi;
- mengkoordinasikan kajian Industry Sponsored Research (ISR) dan kajian Investigator Initiated Research (IIR) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan
- memastikan keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan di Pusat Penyelidikan Klinikal dipenuhi setiap tahun.
Perkhidmatan
- Menjalankan penyelidikan mengikut bidang keutamaan KKM;
- Memberi sokongan ke atas percubaan klinikal di IKN yang diselia oleh Clinical Research Malaysia;
- Memberi khidmat nasihat berkaitan penyelidikan bermula dari rekabentuk kajian sehinggalah kepada penyebaran hasil saintifik;
- Menganjur, menjalankan dan menyokong latihan berkaitan penyelidikan dan program peningkatan berterusan untuk staf KKM; dan
- Melaksanakan tadbir urus penyelidikan bagi setiap penyelidikan yang ingin dijalankan di IKN.
Untuk menempah sesi rundingan berkaitan penyelidikan, sila isikan butiran melalui pautan https://calendar.app.google/cm5tbYQRFia5qxvVA atau e-melkan sebarang pertanyaan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..