Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Penjagaan Luka

Pengenalan

Perkhidmatan penjagaan luka merupakan salah satu perkhidmatan yang penting dalam meningkatkan kualiti rawatan luka pesakit. Penjagaan luka memerlukan pendekatan secara holistik yang melibatkan pelbagai disiplin di IKN.

IKN telah menubuhkan Unit Penjagaan Luka (UPL) pada tahun 2015 di bawah pengurusan perubatan diketuai oleh Ketua Jabatan Pembedahan dan beberapa warga kerja yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat U32  dan dua orang Jururawat yang memiliki Pos Basik Perawatan Luka.

Misi

Meningkatkan kualiti penjagaan luka bagi pesakit kanser dengan penyediaan perkhidmatan penjagaan luka yang terbaik, pemantauan yang teliti, rawatan yang berkesan dan pencegahan kepada risiko jangkitan.

Visi

IKN sebagai Pusat Kecemerlangan Penjagaan Luka Kanser yang diiktiraf secara kebangsaan dan antarabangsa dengan melaksanakan prinsip-prinsip terbaik dalam penjagaan luka kanser, termasuk penyelidikan, pendidikan dan latihan berkualiti tinggi ke arah menjadikan IKN sebagai rujukan utama bagi pesakit kanser yang berprestij tinggi.

Objektif

Objektif Umum

Menyediakan perkhidmatan penjagaan luka yang berkualiti kepada pesakit serta memastikan kesemua kakitangan mendapat latihan dan pembelajaran berterusan.

Objektif Kursus

  1. Menyediakan Pasukan Penjagaan Luka yang
  1. Memberi perkhidmatan penjagaan luka yang sistemik, seragam yang berkualiti dengan pendekatan holistik kepada
  1. Meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan kakitangan dengan adanya proses kerja yang sistematik dan kerjasama dari pelbagai disiplin.
Piagam Pelanggan

Semua pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya dari Unit Penjagaan Luka tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.

Perkhidmatan
  1. Memberi rawatan dan konsultasi berkaitan pengurusan dan penjagaan luka.
  1. Memberi tunjuk ajar rawatan dan konsultasi kepada pesakit atau waris di wad.
  1. Memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan dengan peralatan dan kaedah penjagaan  luka  kepada  kumpulan Wound Link
  1. Memantau, menilai prestasi dan keberkesanan dalam penjagaan luka dan penyediaan laporan.
  1. Mengumpul data-data berkaitan dengan jenis-jenis luka.
  1. Memberikan rawatan penjagaan luka melalui perkhidmatan Home Visit kepada pesakit Paliatif.