Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Jabatan Teknologi Maklumat

Pengenalan

IKN telah direka bentuk, dibina dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Hospital yang menyeluruh atau THIS yang menjadikannya hospital elektronik berkomputer. Dengan sistem yang cekap dan moden, IKN menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk pesakit kanser. Garis panduan dan prosedur mengenai pengurusan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) adalah perlu untuk memastikan ketersediaan yang tinggi bagi sistem THIS.

Misi

Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) adalah bertanggungjawab memastikan kualiti, inovasi dan tahap persaingan perkhidmatan teras utama serta sokongan IKN dapat dipertingkatkan melalui penggunaan ICT yang menyeluruh dengan:

  1. Mengautomasikan keseluruhan proses kerja dengan teknologi yang sesuai dan terkini (HIS) bagi menyokong pengurusan rawatan kanser;
  2. Mengintegrasikan kesemua modul aplikasi bagi mewujudkan perkongsian maklumat menyeluruh bagi menyokong proses pembelajaran dan latihan kakitangan IKN; dan
  3. Mempertingkatkan prestasi sistem ICT untuk memastikan proses kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan supaya IKN menjadi peneraju dalam kajian kanser.
Visi

Menjadikan IKN sebagai sebuah Institusi berasaskan ICT secara menyeluruh dan bersepadu bagi menyokong pengurusan rawatan kanser, pendidikan dan penyelidikan ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser dan cancer survivor

Objektif

Objektif JTM adalah untuk:

  1. Mewujudkan sistem kesihatan berteknologi tinggi yang canggih dan berkualiti kepada pelanggan;
  2. Menyediakan perkhidmatan ICT bagi memastikan pengurusan sistem maklumat di IKN adalah kemaskini dan mudah dirujuk;
  3. Mengautomasikan keseluruhan proses kerja dengan menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini (HIS);
  4. Mengintegrasikan kesemua modul aplikasi bagi mewujudkan perkongsian maklumat menyeluruh; dan
  5. Mempertingkatkan prestasi sistem ICT untuk memastikan proses kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.
Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan JTM akan memastikan:

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas;
  2. Lebih daripada 90% aduan pelanggan yang diterima melalui Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Helpdesk) ICT disempurnakan;
  3. Memberi tindak balas dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi sebarang permohonan/khidmat nasihat ICT; dan
  4. Uptime HIS di bawah tanggungjawab JTM sentiasa berada sekurang-kurangnya 90.9%.
Perkhidmatan
  1. Menyediakan khidmat sokongan operasi dan teknikal;
  2. Menyediakan khidmat sokongan aplikasi dan latihan; dan
  3. Menyediakan khidmat pengurusan ICT dan multimedia.