Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT KUALITI

Pengenalan

Unit Kualiti ditubuhkan pada Disember 2013 bagi menjalankan tugas-tugas penyelarasan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti. Unit Kualiti juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan penyampaian penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan mengutamakan keselamatan pesakit.

Misi
  1. Memastikan peningkatan kualiti secara berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui aktiviti peningkatan kualiti;
  2. Menyelaras latihan secara berkala untuk meningkatkan produktiviti dan melahirkan anggota yang efisien, efektif dan kompeten; dan
  3. Menjadi platform pengumpulan data bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan di IKN adalah selamat dan berkualiti.
Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti, penyelarasan latihan dan pengumpulan data.

Objektif
  1. Untuk menyelaras latihan serta memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di IKN; dan
  2. Mengemaskini dan mengumpul data dengan tepat serta menyediakan laporan mengikut masa yang ditetapkan.
Piagam Pelanggan
  1. Memberi layanan yang cekap, berkesan dan berkualiti; dan
  2. Menjalankan pemantauan aktiviti kualiti dengan efektif, sistematik dan berkesan.
Perkhidmatan

Portfolio di Unit Kualiti adalah seperti berikut:

  1. Key Performance Indicator (KPI)/Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA);
  2. Credentialing & Privileging (C&P);
  3. Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH);
  4. Malaysian Patient Safety Goals (MPSG);
  5. Projek-projek Peningkatan Kualiti seperti Quality Assurance Project, Audit Klinikal, Lean;
  6. Perioperative Mortality Review (POMR); dan
  7. Pain Free Hospital