Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Peraturan melawat

GARIS PANDUAN PELAWAT DI INSTITUT KANSER NEGARA (IKN) VERSI 2.0

Berkuat kuasa 1 Disember 2021, IKN membenarkan kemasukan pelawat ke wad dengan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat berikut:

  1. Kriteria Pelawat Yang Dibenarkan
    1.  Telah lengkap vaksinasi COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
    2. Tiada gejala demam, batuk, selesema, sakit tekak dan lain-lain masalah pernafasan.
    3. Tiada kontak rapat dengan mana-mana pesakit COVID-19 dalam tempoh 10 hari sebelum dan semasa melawat pesakit.
    4.  Telah mengimbas dan melengkapkan saringan status kesihatan dalam aplikasi MySejahtera.
    5.  Hanya keluarga terdekat (first-degree relatives) yang dibenarkan untuk melawat pesakit.
    6.  Tiada pelawat dibenarkan bagi kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) dan COVID-19.
    7.  Kanak-kanak berumur 16 tahun ke atas (mengikut tarikh lahir di dalam kad pengenalan).
  2.  Waktu Melawat (Setiap Hari)
    1. 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang; dan
    2. 4.30 petang hingga 6.30 petang.
  3. Tatacara dan Peraturan Semasa Melawat
    1. Pelawat hendaklah memakai pelitup muka dengan sempurna sepanjang masa dan mencuci tangan menggunakan sanitiser sebelum masuk ke wad.
    2. Pelawat hanya dibenarkan menggunakan kemudahan lif di Lobi Utama untuk naik ke wad dan dilarang merayau-rayau ke tempat lain tanpa tujuan.
    3. Pelawat hendaklah mendaftarkan maklumat peribadi pada buku lejar yang terdapat di meja pengawal berdekatan lif di Lobi Utama untuk mendapatkan pas pelawat.
    4. Hanya seorang pelawat dibenarkan untuk melawat seorang pesakit di wad pada satu-satu masa dan wajib memakai pas pelawat setiap masa ketika berada di wad.
    5. Tempoh melawat dalam wad dihadkan tidak melebihi 20 minit bagi setiap pelawat.
    6. Pelawat tidak dibenarkan berada di samping pesakit semasa prosedur perawatan dijalankan.
    7. Pelawat hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter pada setiap masa.
    8. Pelawat tidak dibenarkan merakam suara, mengambil gambar atau video anggota bertugas, pesakit lain dan suasana di dalam wad.
    9. Pelawat tidak dibenarkan berkumpul di sekitar kawasan luar wad tanpa tujuan.
  4.  Pihak institusi berhak menghalang pelawat dari memasuki bangunan IKN/wad atau mengarahkan pelawat keluar dari bangunan IKN/wad sekiranya garis panduan pelawat ini tidak dipatuhi.
  5.  Pihak IKN tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan dan apa-apa jangkitan penyakit yang diperolehi semasa melawat.
  6. Garis panduan pelawat ini adalah tertakluk kepada semakan secara berkala untuk penambahbaikan berterusan. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat diharapkan demi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19

Pengurusan Tertinggi IKN

15 Disember 2021