PENGENALAN
Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Institut Kanser Negara (IKN) atau dalam Bahasa Inggeris Institut Kanser Negara (IKN) Radiation Protection Committee, memastikan penggunaan bahan radioaktif dan peranti yang menghasilkan sinaran ion yang selamat. Jawatankuasa ini melindungi keselamatan dan kesihatan persekitaran bagi komuniti IKN dan orang awam dengan memberikan perkhidmatan latihan; menjalankan pemeriksaan; dan menggalakkan komunikasi berkesan di antara kakitangan dan ahli jawatankuasa. Program Perlindungan Radiasi atau juga dikenali sebagai Radiation Protection Program (RPP) memastikan pendedahan kepada radiasi pengion di tahap serendah yang boleh dicapai (ALARA (As Low As Reasonably Achievable)) dan penggunaan semua bahan radioaktif dan peranti yang menghasilkan sinaran ion mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.
JAWATANKUASA
Ahli jawatankuasa terdiri dari:
PRFL | : | Pengarah Institut Kanser Negara |
RPO | : | Pegawai Sains Fizik |
Penyelia | : | Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi |
: | Ketua Jabatan Perubatan Nuklear | |
: | Ketua Jabatan Radiologi | |
Setiausaha | : | Pegawai Sains Fizik |
Ahli Jawatankuasa | : | Ketua Pegawai Sains Fizik (Radioterapi & Onkologi) |
: | Ketua Pegawai Sains Fizik (Perubatan Nuklear) | |
: | Ketua Pegawai Sains Fizik (Radiologi) | |
: | Pegawai Farmasi Nuklear (Perubatan Nuklear) | |
: | Pegawai Sains Fizik (Radioterapi & Onkologi) | |
: | Pegawai Sains Fizik (Perubatan Nuklear) | |
: | Pegawai Sains Fizik (Radiologi) | |
: | Ketua Juru X-Ray (Radioterapi & Onkologi) | |
: | Ketua Juru Teknologi (Perubatan Nuklear) | |
: | Ketua Juru X-Ray (Radiologi) | |
: | Pakar Bedah | |
: | Ketua Jururawat (Dewan Bedah Am) | |
: | Ketua Jururawat (Dewan Bedah Brakiterapi) | |
: | Ketua Jururawat (Wad Radionuklid) | |
: | Pegawai Keselamatan & Kesihatan IKN |
AKTIVITI
- Pautan Luar
- KKM BKRP
- RPOP
- Artikel mengenai penggunaan bahan radioaktif dalam perubatan dari Majalah Sains