Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

  • WhatsApp Image 2025 03 06 at 11.22.36
  • INSTITUT KANSER NEGARA FB 01
  • IMG 5785
  • 20240626 Notis Nombor Sambungan IKN v1
  • ETIKA BERPAKAIAN WEBSITE BANNER
  •  
    CAJ RAWATAN2

Pengumuman

Kempen & Promosi

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Institut Kanser Negara (IKN) telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Oktober 2014 dengan fungsi untuk menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan di fasiliti IKN. Pelbagai aktiviti, latihan dan konsultasi berkaitan penyelidikan telah diadakan saban tahun secara berterusan bagi mempromosi aktiviti penyelidikan bagi mewujudkan asas penyelidikan yang baik dan beretika di kalangan penyelidik IKN.

Misi

Untuk meningkatkan hasil kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.

Visi

Untuk menjadi institusi penyelidikan kanser terkemuka di rantau ini.

Objektif
  1. Menjadi pemangkin untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan penyelidikan seterusnya memenuhi Key Performance Indicator (KPI) penyelidikan KKM; dan
  2. Membangunkan IKN sebagai salah satu institut penyelidikan yang terkemuka di Malaysia.
Piagam Pelanggan

CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada setiap pelanggan dengan:

  1. membantu pelanggan dalam menjalankan penyelidikan klinikal;
  2. mempromosikan penyelidikan melalui program-program pendidikan penyelidikan seperti kursus-kursus berkaitan dan klinik konsultasi;
  3. mengkoordinasikan kajian Industry Sponsored Research (ISR) dan kajian Investigator Initiated Research (IIR) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan
  4. memastikan keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan di Pusat Penyelidikan Klinikal dipenuhi setiap tahun.
Perkhidmatan
  1. Menjalankan penyelidikan mengikut bidang keutamaan KKM;
  2. Memberi sokongan ke atas percubaan klinikal di IKN yang diselia oleh Clinical Research Malaysia;
  3. Memberi khidmat nasihat berkaitan penyelidikan bermula dari rekabentuk kajian sehinggalah kepada penyebaran hasil saintifik;
  4. Menganjur, menjalankan dan menyokong latihan berkaitan penyelidikan dan program peningkatan berterusan untuk staf KKM; dan
  5. Melaksanakan tadbir urus penyelidikan bagi setiap penyelidikan yang ingin dijalankan di IKN.

Untuk menempah sesi rundingan berkaitan penyelidikan, sila isikan butiran melalui pautan https://calendar.app.google/cm5tbYQRFia5qxvVA atau e-melkan sebarang pertanyaan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Cetak Emel

Unit Pemulihan Anggota

Pengenalan

Unit ini akan memberi perkhidmatan dalam pemulihan maksimum anggota badan yang merangkumi pemulihan pergerakan dan fungsi anggota badan pesakit bagi meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser. Di samping itu, unit ini juga menyediakan pendidikan kesihatan bagi pesakit dan akan menjadi pusat latihan dan pembelajaran bagi fisioterapi dari lain-lain hospital atau daerah dan pelatih-pelatih fisioterapi.

Perkhidmatan

Program rawatan dan rehabilitasi disediakan di Unit Fisioterapi adalah

  • Cardiorespiratory/Critical care
  • Incontinence for male and female
  • Pain management
  • Musculoskeletal
  • Paediatrics
  • Home care

Hubungi :
Kaunter Unit Pemulihan Anggota
03-88925555 samb. 4144 / 4145

Cetak Emel

Unit Penyeliaan

Pengenalan

Unit Penyeliaan bertanggungjawab memastikan operasi setiap unit yang ada berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan, keselamatan dan juga mengendalikan program/aktiviti IKN.

Bagi PPP yang berkhidmat di jabatan/unit sokongan klinikal pula, PPP bertanggungjawab membantu Pakar/Pegawai Perubatan   dalam memberi perawatan, pengendalian pesakit, pengendalian peralatan perubatan dan juga melakukan prosidur-prosidur minor mengikut arahan doktor.

PeRKHIDMATAN

1. Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 

  • PPP  merupakan salah satu ahli pasukan di dalam pemberian perkhidmatan kesihatan. Ia juga merupakan aset  penting dalam membantu pasukan pengurusan kanser di Institut Kanser Negara (IKN). Skop tugas  PPP di IKN adalah mengikut jabatan/unit PPP ditempatkan seperti di Unit Penyeliaan Hospital, Unit Kecemasan, Jabatan Perubatan Nuklear dan lain-lain.
  • PPP  yang bertugas  di IKN   adalah mengikut penempatan PPP tersebut samada jabatan/unit  itu memerlukan PPP bekerja  waktu pejabat atau pun shif.  Bagi sesetengah jabatan/unit pula PPP dikehendaki  menjalankan tugas atas panggilan seperti di Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah, Mortuari dan lain-lain.

 2. Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 

  • PPK juga adalah salah satu ahli pasukan di dalam memberi perkhidmatan kesihatan di IKN. Keperluan dan agihan PPK boleh dibahagi kepada 2  dikategori iaitu bahagian pesakit luar(klinik) dan pesakit dalam(wad). Setiap PPK adalah diwajibkan  menjalani kursus Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang akan dikendalikan semasa dalam perkhidmatan.
  • Antara tugas-tugas   khas   adalah seperti  di Unit Fisioterapi, Dewan Bedah, Mortuari dan CSSD di mana mereka perlu menjalani kursus Tahap 3.  Manakala   tugas-tugas am pula   adalah memberi  orientasi,  penjagaan kebersihan pesakit, membuat saringan mudah, membantu paramedik/doktor melakukan prosidur, penghantaran pesakit, perkhidmatan kaunter  dan lain-lain.
PENEMPATAN 

1. Penempatan PPP dan PPK  di jabatan/unit  IKN adalah seperti ketetapan di bawah ini :

  • Unit Kecemasan
  • Mortuari
  • Dewan Bedah
  • Unit Rawatan Rapi
  • Jabatan Perubatan Nuklear
  • Jabatan Radioterapi
  • Klinik Onkologi
  • Klinik  Multidisiplin 
  • Pusat Rawatan Harian
  • Perubatan Tradisional Dan Komplementari (TCM)
  • Penyelidikan dan Kualiti
  • Penyeliaan Hospital

2. Jabatan/unit penempatan PPK  selain di atas.

  • Wad-wad
  • Fisioterapi
  • Patologi
  • Farmasi
  • Unit Rawatan Kanser di Rumah (Home Canser Care Unit ) 

Cetak Emel

Jabatan Dietetik & Sajian

Pengenalan

Jabatan ini menyediakan dua perkhidmatan utama terdiri daripada perkhidmatan klinikal dietetik dan perkhidmatan sajian makanan pesakit.

Perkhidmatan Klinikal Dietetik

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Setiap pesakit akan di lihat secara individu. Pegawai Dietetik akan preskrip diet dan enteral produk berdasarkan keperluan pesakit.

Perkhidmatan Pesakit Luar

i.    Klinik Pesakit Luar

ii.   Rawatan Harian

iii.  Rawatan Radioterapi

iv.  Lawatan Ke Rumah  

 

Perkhidmatan Sajian

  •  Melibatkan perkhidmatan pembekalan makanan kepada pesakit di dalam wad bagi kelas satu, dua, tiga dan  wad kanak-kanak termasuk pesakit di pusat rawatan harian.
  •  Perkhidmatan ini di swastakan kepada syarikat luar (outsource) dan Jabatan Dietetik dan Sajian  bertanggungjawab ke atas pemantauan perkhidmatan yang di berikan.
Hubungi :
Kaunter Jabatan Dietetik dan Sajian
03-88925555 samb. 3404 / 3405

Cetak Emel