Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

( SPUB )

Sistem Pendispensanan Ubat Bersepadu ( SPUB )

• Pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh dunia. 

• Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.

•  Apa yang perlu anda lakukan :

1. Dapatkan rawatan dari Klinik Pakar di IKN.

2. Dapatkan bekalan ubat pertama dari Farmasi Klinik Pakar, IKN.

3. Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan       yang dipilih.

4. Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi.

 

• Objektif SPUB

1. Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

2. Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.

3. Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.