Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Ubatan Melalui Pos Malaysia

Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan dan Pendidikan Pesakit di Klinik Pakar

 

 

 

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos dengan caj kiriman

yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan nilai tambahan yang boleh dipilih oleh pesakit yang memenuhi kriteria tertentu

yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad. Perkhidmatan ini ditawarkan

hanya bagi kiriman ubat kepada pesakit di Malaysia sahaja dalam lingkungan kawasan pungutan dan serahan PosLaju.

 

Objektif perkhidmatan ini bertujuan untuk:

1. Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi

2. Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit

3. Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan

 

Kelebihan UMP 1Malaysia

1. Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa

2. Menjamin bekalan ubat berterusan

 

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan staf farmasi di Farmasi Klinik Pakar.