Ujian Pemeriksaan Kanser adalah ujian perubatan yang dilakukan apabila anda sihat dan anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda penyakit. Ujian pemeriksaan ini akan membantu mengesan kanser pada peringkat awal dimana peluang untuk mengubati penyakit ini amat besar.
Pemeriksaan untuk kolorektal dan kanser servik juga mendapati sel-sel tidak normal boleh bertukar menjadi kanser. Dengan mengeluarkan sel-sel ini, maka kanser boleh di cegah.
IKN mempunyai rancangan pemeriksaan khusus untuk lelaki dan wanita, berdasarkan peluang mereka mendapat kanser.




