Faktor-faktor risiko kanser terbahagi kepada empat kumpulan :
• Faktor risiko tingkah laku adalah perkara yang anda lakukan sepertii merokok, minum minuman keras, makan makanan yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan tidak melakukan senaman yang cukup.
• Faktor risiko alam sekitar termasuk dalam persekitaran di sekeliling anda, seperti radiasi UV, asap terpakai, pencemaran, racun perosak dan toksin lain.
• Faktor risiko biologi adalah ciri-ciri fizikal seperti jantina, bangsa atau etnik, umur dan warna kulit.
• Faktor risiko keturunan berkaitan dengan gen bermutasi tertentu yang diwarisi daripada ibu bapa anda. Anda mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi mendapat kanser jika anda mewarisi salah satu daripada gen bermutasi.
Kebanyakan faktor risiko kanser berkaitan tingkah laku dan alam sekitar dapat dielakkan. Faktor-faktor risiko biologi dan keturunan tidak dapat dielakkan, tetapi ia adalah penting untuk menyedarkan mereka supaya anda boleh berbincang dngan doktor anda dan mendapatkan ujian saringan kanser jika perlu.