Pada 27 Julai 2016 yang lalu, Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi, Institut Kanser Negara (IKN) telah mengadakan Program Hari Bersama Pesakit khusus untuk Kesedaran Awal Senaman Selepas Pembedahan. Program ini diadakan untuk pesakit yang bakal atau telah menjalani pembedahan “Mastectomy”.
Program ini dijalankan selama setengah hari di Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi, IKN di Aras 4, bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Terdapat dua sesi ceramah iaitu bertajuk Pembedahan Payudara & Senaman dan Pengurusan Lymphedema. Ceramah-ceramah ini disampaikan oleh Ahli Fisioterapi yang bertauliah dari Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi, IKN. Selain sesi ceramah, turut diadakan sesi praktikal senaman di mana peserta program diajar cara-cara senaman yang betul dan bersesuaian dengan kondisi mereka.