
7 Jun 2016 – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bercemar duli melawat Institut Kanser Negara (IKN) pada 7 Jun 2016 (Selasa) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Bagi Tahun 2016.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dato’ Sri Hamidah Khamis; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min.
Tuanku Hajah Haminah berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat wad pediatrik IKN dan turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada IKN.






