Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Jabatan Rekod Perubatan

Pengenalan

Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang beroperasi dengan berasaskan teknologi maklumat di mana rekod perubatan pesakit adalah dalam bentuk EMR – Electronic Medical Record. Setiap pesakit yang menerima rawatan di sini mempunyai satu nombor pengenalan diri yang di kenali sebagai MRN- Medical Record NumberNamun demikian terdapat sebahagian rekod perubatan dalam bentuk fizikal seperti borang keizinan pembedahan, surat rujukan, ECG dan beberapa dokumen pesakit perlu di selenggara dengan baik .

Rekod perubatan pesakit di kategorikan sebagai dokumen sulit menurut etika perubatan. Kerahsiaannya dan keselamatan kandungannya perlu sentiasa di jaga. Kegunaan utama rekod perubatan pesakit ialah untuk memastikan kesinambungan rawatan yang di berikan. Akses kepada rekod perubatan menggunakan user ID dan password individu yang di pantau oleh pihak IT bagi tujuan keselamatan.

Perkhidmatan

Laporan Perubatan

Laporan perubatan hanya di sediakan apabila ada permohonan samada daripada pesakit, waris, majikan atau pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu seperti tuntutan insuran, pampasan, perundangan, pemeriksaan lembaga perubatan dan sebagainya. 

Pengurusan Statistik Hospital

Statistik Institut Kanser Negara di jana secara elektronik melalui sistem. Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab mengawalselia statistik yang di hasilkan adalah mengikut keperluan HMIS Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

Bertanggungjawab ke atas penyimpanan rekod perubatan fizikal. Rekod fizikal adalah sebahagian daripada rekod pesakit di dalam EMR yang perlu di simpan untuk rujukan oleh pegawai perubatan.

Hubungi :
Kaunter Jabatan Rekod Perubatan
03-88925555 samb. 6156 / 6157