Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Kanser Registri

Pengenalan

Unit Kanser Registri di IKN akan menjadi pusat dalam pengumpulan data/maklumat mengenai pesakit-pesakit kanser serta membuat analisis dan menghasilkan laporan yang relevan.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan disarankan di sini ialah :

1)   Ia sebagai pusat untuk Kanser Registri Kebangsaan. Unit ini akan menjadi pengkalan dalam pengumpulan data/informasi  bagi semua kes-kes kanser di Malaysia.

2)    Sumber data/maklumat yang dikumpulkan  dari pelbagai sumber termasuk :

• Jabatan Patologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta samada melalui HIS, fax atau media elektroni

• Jabatan Pendaftaran Negara

• Jabatan Radioterapi & Onkologi di hospital kerajaan dan swasta.

 

Antara objektif  Kanser Registri Kebangsaan adalah :

• Membuat analisa mengenai beban penyakit kanser dan taburan geografi, kadar kematian dan trend semasa.

• Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan kanser yang boleh membantu dalam merancang program pencegahan kanser.

• Mengenalpasti  kumpulan penduduk yang berisiko tinggi pada kanser untuk merancang pencegahan yang lebih fokus.

• Membuat penilaian program-program kanser termasuk perawatan dan pencegahan

 

 3)    Unit ini akan menjadi pusat registri untuk semua pesakit kanser di IKN (Hospital Based Registry)

Objektif ‘Hospital Based Registry’ ialah :

• Mengumpul semua maklumat pesakit kanser di IKN termasuk data demographic, diagnosis, peringkat penyakit, jenis rawatan yang diterima kesan sampingan yang dihadapi serta ‘patient outcome’.

• Membuat analisa statistik mengenai data-data yang diterima.

• Membantu dalam membuat penilaian mengenai rawatan yang diterima serta memperbaiki kaedah rawatan seterusnya.

 

Waktu Operasi

Unit ini akan beroperasi pada waktu pejabat, 5 hari seminggu dan mempunyai kelengkapan IT yang cukup. Ianya akan diketuai oleh seorang  pakar perubatan kesihatan ( ketua unit)  serta dibantu  oleh pegawai perubatan dan kakitangan sokongan termasuk jururawat dan kerani.

 

 Carta Organisasi