Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Promosi kesihatan dan pendidikan pesakit berkaitan dengan penyakit kanser adalah penting bagi membolehkan pesakit memahami tentang penyakit kanser dan rawatannya. Secara umumnya, program pendidikan kesihatan berperanan memberikan kesedaran kepada pesakit tentang penyakit kanser yang mereka alami dan memperkasakan mereka untuk mengurus penyakit mereka dengan berkesan.

Ini adalah bertepatan dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menitik beratkan aspek promosi kesihatan yang menggalakkan masyarakat untuk mengambil berat tentang kesihatan mereka dan menggalakkan penyertaan masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, ia adalah satu tanggungjawab Unit ini untuk merancang strategi mereka dan menjalankan program pendidikan kanser pesakit yang spesifik untuk meningkatkan kesedaran pesakit dan kognitif sosial dalam menguruskan gaya hidup mereka dari semasa ke semasa.

 

Perkhidmatan

• Klinik Berhenti Merokok

• Pendidikan Pesakit dan Khidmat Nasihat Individu

• Aktiviti Kumpulan Sokongan (Support Group)

• Edaran Bahan Pendidikan Kesihatan

• Perkhidmatan Mencetak, Merekabentuk dan Laminating Bahan-Bahan Pendidikan Kesihatan

• Aktiviti Pameran Kesihatan

• Perkhidmatan Pinjaman Alatan Audio dan Perkhidmatan Fotografi / Rakaman Video

Hubungi :
Kaunter Unit Pendidikan Kesihatan
03-88925555 samb. 4217 / 4218