By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Unit Pengurusan Risiko Pesakit & Survelan Klinikal (UPRISK) ditubuhkan pada Disember 2013 bagi menjalankan tugas-tugas penyelarasan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti. Unit Pengurusan Risiko Pesakit & Survelan Klinikal (UPRISK) juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan penyampaian penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan mengutamakan keselamatan pesakit.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan dalam aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti, penyelarasan latihan dan pengumpulan data.

MISI
  1. Memastikan peningkatan kualiti secara berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui aktiviti peningkatan kualiti;
  2. Menyelaras latihan secara berkala untuk meningkatkan produktiviti dan melahirkan anggota yang efisien, efektif dan kompeten; dan
  3. Menjadi platform pengumpulan data bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan di IKN adalah selamat dan berkualiti.
OBJEKTIF
  1. Untuk menyelaras latihan serta memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di IKN; dan
  2. Mengemaskini dan mengumpul data dengan tepat serta menyediakan laporan mengikut masa yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memberi layanan yang cekap, berkesan dan berkualiti; dan
  2. Menjalankan pemantauan aktiviti kualiti dengan efektif, sistematik dan berkesan.
PERKHIDMATAN

Portfolio di Unit Pengurusan Risiko Pesakit & Survelan Klinikal (UPRISK) adalah seperti berikut:

  1. Key Performance Indicator (KPI)/Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA);
  2. Credentialing & Privileging (C&P);
  3. Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH);
  4. Malaysian Patient Safety Goals (MPSG);
  5. Projek-projek Peningkatan Kualiti seperti Quality Assurance Project, Audit Klinikal, Lean;
  6. Perioperative Mortality Review (POMR); dan
  7. Pain Free Hospital

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku