By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Unit Pengurusan Am berfungsi dalam menguruskan urusan pentadbiran secara am.

OBJEKTIF

Memberi sokongan Pentadbiran kepada program dan aktiviti Institut Kanser Negara (IKN). Selain itu, Unit Pengurusan Am bertanggungjawab memastikan perkhidmatan pengurusan fail, surat menyurat, pengangkutan, tuntutan kemudahan perubatan, tempahan fasiliti, tuntutan tambang mengunjungi wilayah asal, urusan perjalanan ke luar Negara, urusan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung/suami serta urusan tanggung kerja  berjalan dengan lancar dan tepat pada masa yang ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN
  1. Menguruskan perkhidmatan kaunter, menerima dan merekod surat masuk dari Jabatan/Bahagian/Unit lain serta menguruskan tempahan fasiliti di IKN untuk tujuan mesyuarat dan program.
  2. Mengemaskini, merekod, membuka fail induk/terperingkat serta memastikan bilik fail dalam keadaan kemas dan teratur dalam tempoh satu (1) hari.
  3. Menerima dan memproses permohonan cuti anggota secara online dan manual dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum pegawai bercuti. Permohonan Surat Pengesahan Diri Pegawai (GL) disediakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  4. Menguruskan perkhidmatan kenderaan Jabatan untuk untuk urusan rasmi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah permohonan diterima dan maklum balas diberi dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  5. Menerima dan memproses permohonan ke luar negara bagi urusan rasmi dan urusan persendirian dalam tempoh enam (6) minggu sebelum tarikh perjalanan.
  6. Menerima dan memproses cap pegawai baharu masuk ke IKN mengikut permintaan dan kelayakan.
  7. Memproses penghantaran dan penerimaan surat.
PERKHIDMATAN

Menyelaras  Urusan :

  • Fail Rasmi Kerajaan
  • Permohonan Perjalanan Ke Luar Negara (Rasmi/Persendirian)
  • Tempahan Bilik Mesyuarat Utama,  Auditorium  dan Bilik  Seminar
  • Kenderaan Jawatan
  • Penghatantaran Surat dan Dokumen
  • Tuntutan Kemudahan Perubatan
  • Tuntutan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
  • Urusan Tanggung Kerja
  • Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung/Suami

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku