By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Jabatan Pengurusan Institut Kanser Negara (IKN). Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan), Gred S32, kader daripada jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan hal ehwal Islam. 

VISI

Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan hal ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.

MISI

Memberi perkhidmatan pengurusan hal ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.

OBJEKTIF
  1. Mewujudkan suasana hospital yang mesra ibadah kepada pesakit dengan menerapkan konsep ibadah kepada pesakit.
  1. Menjelaskan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah pesakit.
  1. Meningkatkan kemahiran anggota untuk menangani permasalahan ibadah.
  1. Mengaplikasi sokongan kerohanian kepada pesakit.
  1. Meningkatkan kefahaman dalam permasalahan fiqh perubatan.
  1. Melatih pegawai perubatan dan jururawat dengan TOT Pengurusan Solat/Ibadah Pesakit.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Tanggungjawab kepada hospital.
  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
  • Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan hal ehwal Islam peringkat hospital.
  • Sumber rujukan/penerangan program berkaitan syariah/agama.
  1. Perkhidmatan kepada warga kerja hospital.
  • Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-Nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
  • Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada warga kerja hospital.
  1. Perkhidmatan kepada pesakit dan waris.
  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
  • Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
PERKHIDMATAN
  1. Khidmat nasihat agama.
  1. Siaran azan dan pemakluman waktu solat.
  1. Bacaan ayat suci al-Quran melalui interkom.
  1. Bacaan doa harian.
  1. Bilik solat yang bersih.
  1. Troli ibadah yang mengandungi kelengkapan ibadah.
  1. Kursus dan latihan mesra ibadah.
  1. Ziarah ke wad dan rumah.
  1. Petugas yang mesra.

    10. Khidmat pengurusan jenazah percuma (Asnaf - tertakluk kepada syarat)

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku