By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi (UKI) ditubuhkan pada tahun 2014 sehingga kini. UKI diketuai oleh Dr Navin Francis a/l Susinadan sebagai Ketua Unit dan Pengerusi HIACC (Hospital Infection Control Comitte) bermula dari Mei 2023.

UKI juga dianggotai oleh Pegawai Perubatan Dr Nur Farhana binti Ahmad Murad, seorang Ketua Jururawat Noor Juliana binti Tusin dan seorang Jururawat Terlatih Son Hui Wen.

VISI

Menubuhkan satu unit yang menyelia, memantau dan mengawal amalan jangkitan bagi meminimumkan kadar HCAI di IKN.

MISI

Memantau kadar jangkitan Healthcare Associated Infection (HCAI), meningkatkan kualiti penjagaan pesakit dan petugas kesihatan di IKN melalui Standard & Additional Precaution.

OBJEKTIF
  1. Untuk meminimumkan dan mengawal Healthcare Associated Infection (HCAI) dalam kalangan pesakit, petugas kesihatan dan pelawat.
  2. Untuk menjalankan survelan kawalan jangkitan yang berkesan seperti Alert Organism & HCAI's (HealthCare Associated Infection) di IKN.
  3. Untuk meminimumkan penularan jangkitan dalam kalangan pesakit, petugas kesihatan dan pelawat dengan melaksanakan Standard & Additional Precaution.
PERKHIDMATAN
  1. Fungsi utama Unit Kawalan Infeksi adalah untuk mengesan, mencegah dan mengawal HCAI (HealthCare Associated Infection) di IKN.
  2. Perkhidmatan yang disediakan ialah:-Pencegahan jangkitan berkaitan Penjagaan Kesihatan dengan melaksanakan Standard & Additional Precaution untuk semua petugas kesihatan di IKN
  3. Untuk menjalankan pengawasan kawalan jangkitan yang berkesan seperti Alert Organism & HCAI’s (HealthCare Associated Infection) di IKN.
  4. Menjalankan Pematuhan Audit Kebersihan Cucian Tangan sebagai KPI/HPIA dengan kadar standard pencapaian minimum > 75% untuk semua petugas kesihatan di IKN.
  5. Untuk memantau pematuhan Langkah Pencegahan Standard & Additional Precaution di kalangan kakitangan semasa melakukan rondaan bulanan di wad dan juga unit.
  6. Untuk menjalankan penyiasatan wabak apabila perlu atau semasa wabak.
  7. Untuk menjalankan Persampelan Udara semasa penukaran Hepa Filter di dalam Dewan Bedah.

 

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku