By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

PENGENALAN

Perkhidmatan Radiologi di Institut Kanser Negara (IKN) bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan radiologi dan juga prosedur invasive therapeutic tertentu kepada pesakit kanser yang terdiri daripada pesakit dalam, pesakit kecemasan kanser dan pesakit luar termasuk pesakit yang dirujuk daripada hospital lain.

PERKHIDMATAN

Di antara perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Radiologi  ialah:

  1. Perkhidmatan Diagnostik:
    • Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik menggunakan modaliti seperti General X-ray, Ultrasound, CT Scan dan MRI
  2. Perkhidmatan Interventional
    • Memberikan perkhidmatan interventional bagi tujuan diagnostik dan terapeutik menggunakan panduan modaliti seperti CT Scan, Ultrasound dan Angiografi.
  3. Perkhidmatan latihan dan penyelidikan:
    • Continuing Medical Education (CME) /CPD
    • Bengkel/Kursus/Seminar
    • Teaching atau updates
    • Privilige & Credentialing
    • Pusat penyelidikan bagi pengimejan kanser
  4. Keselamatan sinaran
    • Melaksanakan program penjaminan mutu di jabatan termasuk aktiviti kualiti dan pemantauan prestasi modaliti di jabatan.
    • Menjalankan program perlindungan sinaran di jabatan selaras dengan keperluan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)
    • Memantau dos dedahan sinaran yang diterima pesakit dan pekerja supaya berada pada tahap yang optimum dan selamat.

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku