By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

PENGENALAN

Jabatan Patologi terletak di Aras 4 Bahagian Menara, IKN dan telah memulakan perkhidmatan pada tahun 2014. Jabatan Patologi adalah salah satu jabatan yang bernaung di bawah direktorat perkhidmatan klinikal yang menawarkan perkhidmatan diagnostik bagi perkhidmatan kepakaran yang disediakan oleh IKN.

Perkhidmatan Patologi merangkumi Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Histopatologi/Sitologi dan Perubatan Transfusi.

Jabatan ini menggunakan sistem maklumat Laboratory Information System (LIS) dan/atau Hospital Information System (HIS).

Bermula dengan bilangan staf seramai 40 orang pada 2014, kini Jabatan Patologi telah berkembang kepada seramai 52 orang pada tahun 2022. Pertambahan ini adalah bagi menampung pertambahan beban kerja dan pengenalan ujian-ujian baharu selari dengan keperluan perubatan semasa.

VISI

Jabatan menggembleng tenaga ke arah perkhidmatan diagnostik & transfusi yang menyeluruh mengikut perkembangan ilmu dan teknologi terkini.

MISI

Misi Jabatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:-

(i)      Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, inovatif serta kos efektif ke arah mencapai kecemerlangan terhadap rawatan pesakit.

(ii)     Menyampaikan perkhidmatan dalam persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

OBJEKTIF

(i)      Menyediakan perkhidmatan makmal meliputi bidang diagnostik, transfusi, pemantauan penyakit dan rundingcara.

(ii)     Membekalkan darah dan produk darah yang berkualiti dan selamat kepada pihak klinikal.

(iii)    Memberi latihan teknikal kepada anggota Jabatan dan pembelajaran berterusan kepada anggota klinikal.

(iv)    Menjalankan serta bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

PIAGAM PELANGGAN

(i)      Memberi perkhidmatan diagnostik dan transfusi yang berkualiti, mesra pelanggan serta mengikut Laboratory Turn Around Time (LTAT) yang telah ditetapkan.

(ii)     Bersedia memberi layanan dan khidmat runding cara secara professional dan beretika.

(iii)    Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan keputusan ujian yang dikeluarkan kepada pelanggan adalah terjamin.

PERKHIDMATAN 
  1.  Patologi Kimia: Ujian Rutin, Immunoassay, Tumour Marker,  Blood Gas dan Body Fluid Analysis
  2.  Hematologi: Rutin Hematologi dan Koagulasi
  3.  Mikrobiologi: Kultur dan Sensitiviti, Serologi, Immunologi, Virologi, Parasitologi & Mikologi
  4.  Perubatan Transfusi: Immunohematologi  dan pembekalan produk darah & komponen
  5.  Histologi/ Sitologi Dirujuk ke makmal rujukan

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku