By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu komponen utama perkhidmatan sokongan klinikal di Institut Kanser Negara (IKN).

Jabatan Farmasi berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh. Perkhidmatan ini melibatkan pelbagai jenis perkhidmatan farmasi klinikal yang berobjektifkan peningkatan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan, penjagaan serta rawatan yang diterima oleh pesakit.

Selain itu, Jabatan Farmasi juga menyediakan perkhidmatan khusus untuk pesakit kanser termasuklah pendispensan ubat herba tradisional (T&CM) serta penyediaan ubat steril dan tidak steril seperti ubat sitotoksik, nutrisi parenteral dan radiofarmaseutikal.

Jabatan Farmasi memulakan operasinya pada bulan September 2013 dengan menggunakan Hospital Information System (Fisicien) yang disepadukan dengan sistem lain seperti Oncology Information System (Mosaiq), Nuclear Medicine Information System dan sistem lain yang berkaitan.

VISI

Kami komited untuk:

  1. Penjagaan Pesakit: Menjadi ahli penting dalam pasukan penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab  keatas hasil yang berkaitan dengan proses penggunaan ubat;
  2. Pendidikan: Memupuk persekitaran yang direka bentuk untuk pengetahuan lanjutan tentang penggunaan ubat-ubatan secara rasional , dan
  3. Penyelidikan: Membuat keputusan yang disokong oleh perubatan berasaskan bukti melalui penyelidikan dan keselamatan pesakit.
MISI

Untuk menyediakan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan serta meningkatkan kualiti penjagaan pesakit, pendidikan dan penyelidikan.

OBJEKTIF
  1. Menyediakan perkhidmatan farmasi selaras dengan perkembangan semasa dalam penjagaan farmaseutikal;
  2. Meningkatkan kemahiran profesional melalui program latihan dan pendidikan berterusan;
  3. Penglibatan dalam aktiviti peningkatan kualiti yang berterusan;
  4. Melibatkan diri dan bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan saintifik, klinikal atau pengurusan yang berkaitan dengan perkhidmatan farmasi dan hospital;
  5. Menyediakan perkhidmatan perolehan, penyimpanan, pengedaran dan penghantaran mengikut perundangan dan arahan perbendaharaan;
  6. Menyediakan latihan kepada pelatih dan penyedia penjagaan kesihatan lain; dan
  7. Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, selesa dan selamat.
PIAGAM PELANGGAN

1. Unit Farmasi Pesakit Luar

  1. Semua pesakit/pelanggan hendaklah dilayan mengikut piagam pelanggan dan diberikan ubat-ubatan yang berkualiti;
  2. Secara amnya semua preskripsi yang lengkap dan tidak memerlukan intervensi selanjutnya hendaklah didispens dalam masa 30 minit; dan
  3. Perkhidmatan keutamaan boleh diberikan kepada penduduk berkeperluan khas seperti warga emas atau orang kurang upaya.

2. Unit Farmasi Pesakit Dalam

Pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam semasa waktu pejabat.

3. Unit Farmasi Nuklear

Pelanggan boleh sama ada luaran (pesakit dan institusi perubatan nuklear lain) atau dalaman (kakitangan perubatan kami sendiri yang menerima radiofarmaseutikal yang disediakan sebelum diberikan kepada pesakit).

4. Unit Farmasi Logistik

  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima, dan 
  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 3 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

PERKHIDMATAN

Jabatan farmasi menyediakan perkhidmatan berikut:

1. Unit Farmasi Pesakit Luar

Melayan pesakit dari Klinik Pesakit Luar (Klinik Radioterapi dan Onkologi, Klinik Pelbagai Disiplin, Klinik Paliatif, Klinik Anestesia, Klinik Perubatan Tradisional & Komplimentari), pesakit discaj dari Unit Rawatan Harian dan Jabatan Kecemasan Kanser.

2. Unit Farmasi Pesakit Dalam

Membekalkan ubat-ubatan untuk pesakit dalam dengan menggunakan Sistem Unit Dos (UD) dan stok wad, pendispensan ubat di wad, kaunseling penggunaan ubat-ubatan dan menjalankan pemeriksaan wad bagi memastikan pengurusan ubat yang cekap di semua wad/unit.

3. Unit Farmakoterapi

Rondaan wad, pengambilan sejarah pengubatan, rekonsiliasi ubat, kaunseling tentang penggunaan ubat, pendispensan di tepi katil dan pemantauan ubat terapeutik.

4. Unit Farmasi Maklumat Ubat

Melibatkan;

  1. menubuhkan dan menyelia apa-apa pindaan kepada formulari ubat hospital;
  2. menyediakan dan menyebarkan maklumat mengenai ubat kepada penyedia penjagaan kesihatan;
  3. menyelia dan menyusun kes Advers Drug Reaction (ADR);
  4. bertindak sebagai sekretariat Jawatankuasa Perubatan dan Terapeutik dan Keselamatan Ubat; dan
  5. merancang aktiviti pendidikan farmasi berterusan dan latihan dalaman kakitangan farmasi.

5. Unit Farmaseutikal

Terdiri daripada perkhidmatan Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), Parenteral Nutrition (PN), Campuran Intravena (IV) dan penyediaan steril dan tidak steril yang lain. Fungsi lain termasuk pembungkusan semula produk farmaseutikal ke dalam pek sedia untuk dikeluarkan.

6. Unit Farmasi Nuklear

Menghasilkan dan mengeluarkan radiofarmaseutikal mengikut garis panduan cGMP (Amalan Pengilangan Baik semasa) dan cGPP (Amalan Penyediaan Baik semasa) untuk tujuan diagnostik dan terapeutik.

7. Unit Farmasi Logistik

Pengurusan peruntukan perubatan, membuat Perolehan Kerajaan dan menguruskan stor utama bagi bekalan perubatan seperti ubat, vaksin, konsumabel/barang pakai buang dan gas perubatan kepada wad/unit/klinik di IKN.

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku