By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
 
TERAS PIAGAM KKM 

 

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1.1

Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.

1.2

Setiap pelanggan yang di takrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

 

TARAF PERKHIDMATAN

2.1

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2.2

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.

2.3

Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

3.1

Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.

3.2

Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang di terimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang di tetapkan.

 

PENDIDIKAN KESIHATAN

4.1

Setiap pelanggan akan di berikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

i. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
ii. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
iii. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang di sediakan secara bertanggungjawab

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku