By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
 

 

PENGENALAN

Unit Penyeliaan bertanggungjawab memastikan operasi setiap unit yang ada berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan, keselamatan dan juga mengendalikan program/aktiviti IKN.

Bagi PPP yang berkhidmat di jabatan/unit sokongan klinikal pula, PPP bertanggungjawab membantu Pakar/Pegawai Perubatan   dalam memberi perawatan, pengendalian pesakit, pengendalian peralatan perubatan dan juga melakukan prosidur-prosidur minor mengikut arahan doktor.

PERKHIDMATAN

1. Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 

  • PPP  merupakan salah satu ahli pasukan di dalam pemberian perkhidmatan kesihatan. Ia juga merupakan aset  penting dalam membantu pasukan pengurusan kanser di Institut Kanser Negara (IKN). Skop tugas  PPP di IKN adalah mengikut jabatan/unit PPP ditempatkan seperti di Unit Penyeliaan Hospital, Unit Kecemasan, Jabatan Perubatan Nuklear dan lain-lain.
  • PPP  yang bertugas  di IKN   adalah mengikut penempatan PPP tersebut samada jabatan/unit  itu memerlukan PPP bekerja  waktu pejabat atau pun shif.  Bagi sesetengah jabatan/unit pula PPP dikehendaki  menjalankan tugas atas panggilan seperti di Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah, Mortuari dan lain-lain.

 2. Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 

  • PPK juga adalah salah satu ahli pasukan di dalam memberi perkhidmatan kesihatan di IKN. Keperluan dan agihan PPK boleh dibahagi kepada 2  dikategori iaitu bahagian pesakit luar(klinik) dan pesakit dalam(wad). Setiap PPK adalah diwajibkan  menjalani kursus Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang akan dikendalikan semasa dalam perkhidmatan.
  • Antara tugas-tugas   khas   adalah seperti  di Unit Fisioterapi, Dewan Bedah, Mortuari dan CSSD di mana mereka perlu menjalani kursus Tahap 3.  Manakala   tugas-tugas am pula   adalah memberi  orientasi,  penjagaan kebersihan pesakit, membuat saringan mudah, membantu paramedik/doktor melakukan prosidur, penghantaran pesakit, perkhidmatan kaunter  dan lain-lain.
PENEMPATAN 

1. Penempatan PPP dan PPK  di jabatan/unit  IKN adalah seperti ketetapan di bawah ini :

  • Unit Kecemasan
  • Mortuari
  • Dewan Bedah
  • Unit Rawatan Rapi
  • Jabatan Perubatan Nuklear
  • Jabatan Radioterapi
  • Klinik Onkologi
  • Klinik  Multidisiplin 
  • Pusat Rawatan Harian
  • Perubatan Tradisional Dan Komplementari (TCM)
  • Penyelidikan dan Kualiti
  • Penyeliaan Hospital

2. Jabatan/unit penempatan PPK  selain di atas.

  • Wad-wad
  • Fisioterapi
  • Patologi
  • Farmasi
  • Unit Rawatan Kanser di Rumah (Home Canser Care Unit ) 

 

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku