By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Unit Kejururawatan beroperasi di bawah pentadbiran Pengarah IKN dan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat (KPJ) yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran bagi semua kategori anggota kejururawatan.

Unit Kejururawatan telah ditubuhkan pada 15 Julai 2013, selaras dengan tarikh operasi rasmi IKN pada 1 September 2013. Di awal pengoperasian IKN, Unit Kejururawatan telah diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Datin Norhayati binti Ramli dengan kekuatan berjumlah 438 orang jururawat dari pelbagai kategori.

Pada 3 September 2013 hanya Klinik Onkologi yang telah beroperasi  dan diikuti oleh wad 7A (Radoiterapi dan Onkologi) dan pengoperasian unit kejururawatan berkembang sehingga tahun 2023.

Setelah 10 tahun pengoperasian, unit kejururawatan kini diterajui oleh KPJ Nik Suraya binti Nik Hussin dengan kekuatan berjumlah 475 orang jururawat dan telah ditempatkan di semua jabatan, wad dan klinik  termasuk di PET-CT.

VISI

Seiring dengan visi IKN untuk menjadi Pusat Kecemerlangan dalam penjagaan Kanser. Unit kejururawatan akan menyediakan penyampaian penjagaan kejururawatan yang cekap, sesuai dari segi teknologi, mesra pelanggan dan menghormati maruah manusia semua lapisan masyarakat.

MISI

Untuk melatih jururawat berpengetahuan, berkemahiran, cekap dan menjadi pasukan bermotivasi tinggi yang berorientasikan kepada amalan kejururawatan yang selamat dan berkualiti.

OBJEKTIF

Untuk memotivasikan dan memfasilitasi kecekapan kakitangan dengan mengekalkan standard penjagaan yang tinggi melalui Pembangunan profesional Kejururawatan berterusan dan penglibatan dalam aktiviti peningkatan kualiti.

Untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan:

  1. Pelanggan selamat, berkesan, berpusatkan pelanggan; dan
  2. Kakitangan pembangunan pembawa, pembelajaran, latihan.
PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kejururawatan menyumbang kepada tenaga kerja terbesar di IKN. Penempatan   jururawat  adalah mengikut  jabatan/unit dan wad di IKN  iaitu di Jabatan Radioterapi & Onkologi, Jabatan Radiologi, Jabatan Paliatif & Perawatan Pesakit di Rumah, Jabatan Perubatan Nuklear, Jabatan Pembedahan Onkologi, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Unit Dewan Bedah Am & Brakiterapi, Unit Rawatan Kanser Akut, Klinik Multi Displin,Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi, Unit Pendidikan Kesihatan, Unit Tradisional dan Komplimentari, Wad Multi Disiplin, Unit Pensterilan, Unit Kesihatan Awam, Pusat Pengambilan Darah dan PET-CT.

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku