By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Institut Kanser Negara telah ditubuhkan pada Julai 2017 untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit kanser mulut dan leher. Ia mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2018 dan bertindak sebagai sebuah pusat rujukan tertiari terutama untuk kawasan Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan pembedahan elektif pada waktu pejabat manakala perkhidmatan pesakit dalam dan rawatan kecemasan dijalankan selama 24 jam setiap hari.

VISI

Menjadi salah sebuah pusat kecemerlangan untuk rawatan kanser mulut di Malaysia.

MISI

Memberi rawatan berkualiti tinggi kepada pesakit kanser mulut dan leher.

OBJEKTIF
  1.  Memberi rawatan komprehensif dan evidence-based kepada pesakit kanser mulut yang meliputi biopsi, tumour ablation surgery, pembedahan rekonstruktif dan rehabilitasi.
  1. Dikenalpasti sebagai salah sebuah pusat rujukan untuk rawatan kanser mulut.
  1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti penyelidikan.
  1. Mempromosikan kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai kanser mulut.
PERKHIDMATAN

Pesakit luar

  • Perkhidmatan pesakit luar diberi secara atas temujanji sahaja. Jenis rawatan yang ditawarkan di klinik pesakit luar yang terletak di Klinik Multidisciplinary, Tingkat 3 adalah seperti berikut:

    • Perkhidmatan perundingan yang melibatkan perancangan rawatan yang komprehensif dan evidence-based kepada pesakit kanser mulut;
    • Rawatan pembedahan minor/ pergigian kepada pesakit kanser kepala dan leher sebelum dan/ atau selepas menjalani rawatan radioterapi dan/ atau kemoterapi;
    • Rawatan pembedahan minor/ pergigian kepada pesakit yang perlu menerima rawatan ubat bisphosphonates;
    • Rawatan untuk komplikasi oral radioterapi/ kemoterapi;
    • Rawatan pergigian kecemasan kepada pesakit kanser selain daripada kanser mulut dan leher.

Pesakit dalam

  • Perkhidmatan pesakit dalam ditawarkan 24 jam.

    Perkhidmatan pesakit dalam kami merangkumi rawatan perioperatif untuk kes pembedahan elektif/ kecemasan, rawatan untuk jangkitan oro-fasial, tujuan diagnostik, optimasi pesakit untuk rawatan pembedahan/ cabutan gigi serta rawatan kecemasan/ rawatan sokongan untuk komplikasi kes advanced tumour.

Perkhidmatan Pembedahan

  • Perkhidmatan pembedahan yang ditawarkan oleh Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, IKN adalah seperti berikut:

    • Pembedahan major merangkumi tumour ablation and reconstruction untuk kes kanser mulut.
    • Pembedahan minor merangkumi biopsy, pembedahan dento-alveolar, pembedahan pre-prosthetic, revision of fibrous tissue dan sebagainya untuk pesakit kanser.

Perkhidmatan Panggilan Atas Kecemasan (On-Call)

  • Tugasan Panggilan kecemasan di IKN melibatkan penjagaan pesakit dalam selepas waktu pejabat serta rawatan untuk kes kecemasan yang dirujuk dari Unit Rawatan Kanser Akut dan wad.

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku