By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.

 

PENGENALAN

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Institut Kanser Negara (IKN) telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Oktober 2014 dengan fungsi untuk menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan di fasiliti IKN. Pelbagai aktiviti, latihan dan konsultasi berkaitan penyelidikan telah diadakan saban tahun secara berterusan bagi mempromosi aktiviti penyelidikan bagi mewujudkan asas penyelidikan yang baik dan beretika di kalangan penyelidik IKN.

VISI

Untuk menjadi institusi penyelidikan kanser terkemuka di rantau ini.

MISI

Untuk meningkatkan hasil kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.

OBJEKTIF
  1. Menjadi pemangkin untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan penyelidikan seterusnya memenuhi Key Performance Indicator (KPI) penyelidikan KKM; dan
  2. Membangunkan IKN sebagai salah satu institut penyelidikan yang terkemuka di Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN

CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada setiap pelanggan dengan:

  1. membantu pelanggan dalam menjalankan penyelidikan klinikal;
  2. mempromosikan penyelidikan melalui program-program pendidikan penyelidikan seperti kursus-kursus berkaitan dan klinik konsultasi;
  3. mengkoordinasikan kajian Industry Sponsored Research (ISR) dan kajian Investigator Initiated Research (IIR) di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan
  4. memastikan keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan di Pusat Penyelidikan Klinikal dipenuhi setiap tahun.
PERKHIDMATAN
  1. Menjalankan penyelidikan mengikut bidang keutamaan KKM;
  2. Memberi sokongan ke atas percubaan klinikal di IKN yang diselia oleh Clinical Research Malaysia;
  3. Memberi khidmat nasihat berkaitan penyelidikan bermula dari rekabentuk kajian sehinggalah kepada penyebaran hasil saintifik;
  4. Menganjur, menjalankan dan menyokong latihan berkaitan penyelidikan dan program peningkatan berterusan untuk staf KKM; dan
  5. Melaksanakan tadbir urus penyelidikan bagi setiap penyelidikan yang ingin dijalankan di IKN.

Untuk menempah sesi rundingan berkaitan penyelidikan, sila isikan butiran melalui pautan https://calendar.app.google/cm5tbYQRFia5qxvVA atau e-melkan sebarang pertanyaan kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya..

Alamat

INSTITUT KANSER NEGARA
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 W.P. Putrajaya
03-8892 5555
ncipro@nci.gov.my 

 

Pautan Lain

logo-jata logo-kami logo-sihat  myhealth  logo-msc
         
  HMI bulat 001  flickr  mukabuku