Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Perpustakaan

1.0 Pengenalan

Perpustakaan Institut Kanser Negara (IKN) mula beroperasi pada 28 Oktober 2013 merupakan unit di bawah Jabatan Pengurusan IKN. Unit Perpustakaan bertanggungjawab  untuk mengurus, mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan dan aktiviti perpustakaan bagi memastikan perpustakaan IKN menjadi pusat rujukan yang berkesan terutamanya dalam bidang perubatan kanser

Dalam memperkasakan inisiatif Hospital Kluster Wilayah 1, Perpustakaan IKN dan Perpustakaan Hospital Putrajaya telah disatukan pada 19 September 2022 seterusnya menjadikan Perpustakaan IKN sebagai perpustakaan utama untuk kedua-dua buah hospital.

2.0 Misi

Menyediakan perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kepuasan warga IKN dan para penyelidik dalam dan juga luar negara.

3.0 Visi

Menjadikan Perpustakaan IKN sebagai sebuah pusat maklumat dan keilmuan yang utama dalam bidang kesihatan khususnya kanser di Malaysia.

4.0 Objektif
  • Membangunkan koleksi sumber maklumat keilmuan dalam bidang perubatan kanser, kesihatan dan bidang berkaitan institut melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan efektif.
  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi menyokong institut dalam aktiviti penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat dan pembudayaan ilmu.
5.0 Piagam Pelanggan

Perpustakaan IKN beriltizam dan berjanji akan:

  • Memproses pendaftaran keahlian perpustakaan dalam tempoh 30 minit dari permohonan diterima;
  • Menyelesaikan pertanyaan rujukan berbentuk penyelidikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan; dan
  • Menyediakan kemudahan Portal Perpustakaan yang boleh diakses 24 jam.
6.0 Perkhidmatan
  1. PEMBANGUNAN KOLEKSI
  • Merancang dan mengurus pembangunan koleksi mengikut bajet, jenis bahan bacaan dan tajuk perkara selaras dengan fungsi institusi;
  • Menyelaras dan memantau pembangunan koleksi khas institusi; dan
  • Mengurus pendokumentasian bahan koleksi.
  1. PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
  • Pinjaman dan pemulangan bahan rujukan;
  • Pendaftaran keahlian;
  • perkhidmatan rujukan dan perujukan;
  • perkhidmatan kaunter;
  • Pinjaman Pembekalan Penerbitan;
  • Pinjaman Kelompok Perpustakaan Negara Malaysia; dan
  • Pengumpulan statistik.
  1. PERKHIDMATAN KESEDARAN SEMASA DAN PROMOSI PERPUSTAKAAN
  • Merancang dan memantau pengemaskinian bahan maklumat tajuk terpilih untuk pameran di papan kenyataan dan melalui e-mel;
  • Membuat hebahan keratan akhbar, majalah dan buku terkini secara e-mel kepada warga IKN; dan
  • Menyelaras pendaftaran keahlian baharu perpustakaan dan Virtual Library (KKM).
  1. PENGURUSAN MAKLUMAT ATAS TALIAN DAN MANUAL
  • Mengurus, mengenalpasti dan memberi maklum balas setiap pertanyaan rujukan yang diterima secara kunjungan ke perpustakaan, atas talian atau telefon.
  1. PENGURUSAN SISTEM PERPUSTAKAAN DAN ICT
  • Menyelaras kemaskini, penyelenggaraan, aduan dan isu berkaitan sistem perpustakaan (ILMU); dan
  • Mengurus laman web Perpustakaan (Portal eQUIP)
  1. PROGRAM / AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
  • Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti galakan membaca yang bersesuaian; dan
  • Menyelaras kolaborasi program dan aktiviti bersama Unit/Bahagian di IKN dan agensi luar yang berkaitan.