Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN PERUBATAN NUKLEAR

NUCMED

Pengenalan

Jabatan Perubatan Nuklear memberi fokus kepada pengesanan penyakit kanser dan rawatan kanser. Jabatan Perubatan Nuklear di Institut Kanser Negara (IKN) menawarkan perkhidmatan diagnostik, terapeutik dan PET-Scan/Cyclotron.

Perkhidmatan


Perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Perubatan Nuklear ialah:

1. Diagnostik

  •  Perkhidmatan pengimejan menggunakan bahan-bahan radioaktif.

Senarai pemeriksaan yang dilakukan adalah:

-  Buah pinggang (Renal DTPA MAG 3 And DMSA Study, dan Renogram)

- Thyroid Scan-Technetium 99

- Bone Scan

- IODINE 131 Whole Body Scan

- Myocardial Perfusion Study (Jantung), Myocardial Viability Study

- Parathyroid

- Hepatobiliary Scan (Hati)

- Dacryscintigraphy Study

- Meckel's Diverticulum Study

- Reflux Cystogram

- MIBG Study

- Lung Perfusion Study

- Gastrointestinal Bleeding Study (RBC Tag scan, Sulphur Colliad Study)

2. Terapeutik

  •  Kaedah rawatan dimana bahan radioaktif akan diberikan kepada pesakit melalui suntikan atau secara oral (minum). Sebagai contoh penggunaan radio iodin bagi kanser tiroid

3. PET-Scan/Cyclotron

  •  PET bermaksud 'Positron Emission Tomography'. Ia merupakan prosedur di mana bahan radioaktif (PET Radiopharmaceuticals) disuntik ke dalam pesakit dan pengimbas khas (PET Scanner) digunakan untuk mengesan sinaran yang dipancarkan dari badan. CT atau Computered Tomography dibina ke dalam pengimbas istimewa ini. Oleh itu, PET-CT adalah gabungan dua kaedah iaitu PET dan CT scanner. Radiopharmaceuticals yang digunakan dalam PET-SCAN ialah F-18 FDG (fluorodeoxyglucose), F-18 FDOPA (Fluoro-L Dopa) dan F-18 FLT (Fluoro-thymidine) dan lain-lain.
  • Peta ke PET-CT boleh dicapai di sini.
SENARAI BORANG/DOKUMEN JABATAN
 BIL. SENARAI DOKUMEN JABATAN NUKLEAR
 1. Borang Permohonan Kajian/Rawatan Radioisotop (Nuclear Medicine General Request Form) Klik
 2. Borang Permohonan Kajian Perfusi Jantung (Myocardial Perfusion Study Request Form) Klik
3.

Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form)

Klik
 4. Panduan Ujian Perfusi Jantung (BM) Klik
 5. Panduan Ujian Perfusi Jantung (Myocardial Perfusion Study Patient Information/Instruction) Klik