Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN DIETETIK & SAJIAN

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian bertanggungjawab melaksanakan dua perkhidmatan utama iaitu:

  1. Perkhidmatan dietetik klinikal Medical Nutrition Therapy (MNT) kepada semua pesakit dalam; dan
  2. Perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit serta anggota kesihatan yang layak tertakluk pada kelayakan yang ditetapkan oleh KKM.
Misi
  1. Menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan makanan yang terbaik kepada pesakit kanser mengikut amalan evidence base yang terkini.
  2. Menjadi pusat pembelajaran dan latihan kepakaran dalam pengurusan dietetik klinikal dan sajian makanan kepada pelbagai kategori anggota kesihatan.
  3. Menjalankan kajian yang meliputi aspek dietetik klinikal dan perkhidmatan makanan pesakit kanser.
Visi

Menjadi peneraju utama dalam pengurusan dietetik klinikal dan perkhidmatan makanan kearah peningkatan kualiti hidup pesakit kanser dan cancer survivor.

Objektif

1. Perkhidmatan Dietetik

  1. Untuk memberi perkhidmatan Medical Nutrition Therapy dengan melaksanakan nutrition care process serta promosi kesihatan untuk meningkatkan status pemakanan pesakit;
  2. Untuk memberi latihan dietetik klinikal dan penyediaan diet seimbang yang berterusan kepada anggota jabatan dan lain-lain anggota;
  3. Untuk menyediakan latih amal dietetik kepada pelajar insitusi pengajian tinggi yang mempunyai MOU dengan KKM; dan
  4. Untuk melaksanakan kajian dan program kualiti mengikut keperluan dan peningkatan kualiti perkhidmatan.

2. Perkhidmatan Sajian Makanan

  1. Untuk memastikan hidangan makanan dibekalkan mengikut pesanan, jenis diet dan mengikut kelayakan pelanggan oleh syarikat outsource yang dilantik;
  2. Untuk memberi latihan berterusan berkenaan proses penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada anggota jabatan dan lain-lain anggota;
  3. Untuk menyediakan latih amal perkhidmatan makanan kepada pelajar institusi pengakian tinggi yang mempunyai MOU dengan KKM; dan
  4. Untuk melaksanakan kajian dan program kualiti mengikut keperluan demi peningkatan kualiti perkhidmatan. 
Piagam Pelanggan
  1. Semua pesakit dalam akan diberi  khidmat  Medical Nutrition Therapy (MNT) oleh Pegawai Dietetik mengikut masa yang telah ditetapkan;
  2. Pesakit luar yang dirujuk akan mendapat khidmat Medical Nutrition Therapy (MNT) oleh Pegawai Dietetik mengikut temujanji dan waktu yang telah ditetapkan;
  3. Pelanggan  akan dihidangkan dengan makanan yang  selamat, mencukupi dan berkhasiat mengikut pesanan dari wad berdasarkan peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan; dan
  4. Makanan akan dihidang kepada pelanggan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Dietetik

  1. Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy secara individu kepada semua pesakit dalam di IKN;
  2. Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy secara individu kepada pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan;
  3. Perkhidmatan nasihat pemakanan berkumpulan kepada pesakit dan ahli keluarga yang disasarkan;
  4. Lawatan ke rumah (bersama pasukan paliatif IKN) bagi pesakit yang menepati kriteria;
  5. Ceramah/sesi pembelajaran berterusan/khidmat pakar rujuk kepada anggota IKN/agensi luar yang  berkenaan;
  6. Latihan internship kepada pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi yang mempunyai MOU dengan KKM; dan
  7. Aktiviti promosi kesihatan yang dianjurkan oleh IKN, KKM dan agensi yang berkenaan.

2. Perkhidmatan Sajian Makanan

  1. Bekalan diet kepada semua pesakit dalam mengikut kelas kelayakan serta jenis diet (Diet Normal dan Teraputik) yang sesuai seperti yang ditentukan oleh Pegawai Dietetik bertugas;
  2. Bekalan diet kepada pesakit di wad rawatan harian;
  3. Bekalan diet khas kepada pesakit yang menjalankan prosedur khas seperti Diet Myoview;
  4. Bekalan diet kepada anggota kesihatan mengikut kelayakan yang telah ditetapkan;
  5. Bekalan makanan semasa kejadian bencana/wabak penyakit berjangkit yang melibatkan perkhidmatan di IKN; dan
  6. Latihan internship kepada pelatih dietetik dan perkhidmatan makanan dari Institusi Pendidikan Tinggi yang mempunyai MOU dengan KKM.