Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN ANESTESIOLOGI & RAWATAN RAPI

Pengenalan

Kes-kes kanser kian meningkat dan terdapat backlog di kesemua hospital kerajaan di mana masa menunggu untuk mendapatkan rawatan khusus bagi kanser adalah terlalu panjang dan amat tidak memuaskan memandangkan pesakit semakin tenat semasa menunggu giliran masing-masing. Keadaan tersebut juga disebabkan kekurangan jumlah peralatan canggih dan sofistikated bagi rawatan penyakit kanser di Negara ini. Isu-isu tersebut telah dibawa kepada pihak kerajaan di mana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan kertas kerja National Cancer Blueprint bagi menangani isu-isu tersebut dan memberi Way Forward bagi peningkatan perkhidmatan kanser Negara ini.
Diantara cadangan di dalam Natinal Camcer Blueprint tersebut ialah pengwujudan pusat kanser bagi setiap kawasan di mana Institut Kanser Negara hendaklah diwujudkan sebagai pusat rujukan kanser bagi seluruh Negara. Institut Kanser Negara tersebut merupakan pusat rujukan tertiary untuk perawatan kanser yang dilengkapi dengan Jabatan Anestesiologi yang menempatkan dewan bedah sebagai salah satu unit di bawah pengawasannya. Dewan bedah diwujudkan khusus untuk pesakit kanser sahaja yang mana akan mengurangkan masa menunggu pesakit tersebut.

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi di Institut Kanser Negara menyediakan perkhidmatan peri operatif dan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit kanser bukan sahaja dari Putrajaya dan Lembah Klang tetapi dari seluruh Negara kerana Institut Kanser Negara merupakan pusat rujukan kanser kebangsaan.

Perkhidmatan unit rawatan rapi

Di Jabatan ini terdapat unit rawatan rapi yang terletak di aras 5 dan dilengkapi dengan 8 katil dan 4 katil tambahan untuk perancangan masa hadapan. Unit ini akan digunasama dengan hospital Putrajaya / unit rawatan rapi diketuai oleh consultant dan pakar bius yang berpengalaman luas dan dibantu oleh pegawai-pegawai perubatan. Perkhidmatan 24 jam disediakan dan perlaksanaannya dibantu oleh Jururawat Unit Rawatan Rapi dan Pembantu Pegawai Perubatan yang terlatih untuk memastikan pesakit menerima perkhidmatan yang terbaik dan menepati tahap kualiti yang ditetapkan.

1. Mengendali pesakit dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemantauan rapi, penjagaan serta sokongan fungsi organ-organ penting di Unit Rawatan Rapi.

2. Memberikan perkhidmatan 'pain management' yang dikenali sebagai' 'acute pain service' kepada pesakit selepas pembedahan serta 'chronic pain service' bagi pesakit kanser.

PERKHIDMATAN DEWAN BEDAH

Di Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi ini turut menempatkan dewan bedah sebagai salah satu unit di bawah pengawasannya. Dewan bedah ini diwujudkan khusus untuk pesakit kanser sahaja yang mana akan mengurangkan masa mengunggu pesakit  tersebut. Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi IKN mempunyai 4 dewan bedah. Perkhidmatan dewan bedah ini akan digunakan untuk pesakit kanser yang memerlukan pembedahan dan juga untuk pembedahan kes kecemasan dari pesakit dalam wad IKN. Dewan bedah ini akan beroperasi 8 jam setiap hari untuk kes elektif dan 24 jam untuk kes kecemasan. Di Institut kanser Negara terdapat 2 dewan bedah iaitu dewan bedah utama dan dewan bedah brakiterapi.

 

1.    Dewan Bedah Utama

Mempunyai 4 bilik bedah yang akan digunakan untuk pesakit kanser yang memerlukan pembedahan yang melibatkan kaedah pelbagai disiplin seperti pembedahan am, urologi, ENT  dan lain-lain.

Dewan bedah utama mempunyai 4 bilik bedah (2 bilik adalah untuk perancangan akan dating) akan digunakan untuk pesakit kanser yang memerlukan pembedahan yang melibatkan kaedah pelbagai disiplin (multidisciplinary approach) seperti Pembedahan Am, Urologi, ENT dan lain-lain. Dewan bedah surgery akan beroperasi 8 jam/1 syif setiap hari untuk kes elektif manakala untuk kes kecemasan ianya akan beroperasi 24 jam.

2.    Dewan Bedah Brakiterapi

IKN akan menyediakan perkhidmatan perawatan kanser yang canggih dengan adanya kemudahan Dewan Bedah Brakiterapi yang mempunyai 2 bilik bedah. Unit ini akan berfungsi setiap hari bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Dewan bedah brakiterapi mempunyai 2 bilik bedah yan canggih dan dewan bedah ini akan ditumpukan kepada pesakit-pesakit onkologi yang memerlukan perawatan brakiterapi seperti prostate implant.