Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Jabatan Pengurusan

PENGENALAN

Jabatan Pengurusan Institut Kanser Negara merupakan satu Jabatan yang akan berfungsi sebagai jabatan sokongan kepada Perkhidmatan Klinikal dan Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang terdapat di Institut Kanser Negara (IKN). Jabatan Pengurusan bertanggungjawab menjadi perancang, penyelaras dan pelaksana kepada semua aktiviti-aktiviti pengurusan pejabat, sumber manusia, kewangan dan akaun yang cekap dan berkualiti.

Dengan adanya pengurusan yang mantap, teratur serta sistematik, operasi keseluruhan Institut Kanser Negara (IKN) akan menjadi lancar dan mampu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkesan kepada pesakit.

Peranan utama

- Bahagian Sumber Manusia dan Latihan
- Bahagian Pentadbiran & Aset
- Bahagian Kewangan & Hasil
- Bahagian Perolehan & Pembangunan
- Bahagian Perhubungan Awam
- Bahagian Kejuruteraan