Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN RADIOTERAPI & ONKOLOGI

 RTO

PENGENALAN


Jabatan Radioterapi & Onkologi merupakan jabatan utama di Institut Kanser Negara dan ia adalah salah satu fasiliti Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan perkhidmatan radioterapi yang komprehensif. Terletak di aras 1, Jabatan ini dilengkapi dengan empat (4) mesin rawatan teleterapi, satu (1) mesin rawatan brakiterapi, dua (2) mesin CT stimulator dan sebelas (11) unit Komputer Perancangan Rawatan Radioterapi.

Objektif Jabatan ini adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dalam pemberian rawatan radioterapi dan kemoterapi dengan menggunakan kepakaran dan teknnologi yang terkini. Disamping itu, Jabatan Radioterapi & Onkologi komited untuk memberikan rawatan secara holistik kepada pesakit kanser.

Jabatan Radioterapi & Onkologi terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Klinik Onkologi, Perkhidmatan Rawatan Radioterapi dan Rawatan Harian Kemoterapi.

PERKHIDMATAN


Jabatan ini turut menyediakan perkhidmatan radioterapi yang terdiri daripada:

    1. Rawatan teleterapi / Radioterapi Beam External:

  • Radioterapi konvensional 2
  • Radioterapi konformal 3D
  • Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT)
  • Stereotactic Radiosurgery (SRS)
  • Image Guided Radiotherapy

     2. Brakiterapi

  • High dose rate - 3D Image Guided Brakiterapi (IGBT) untuk kes ginekologi
    - 2D Brakiterapi
    - Brakiterapi Interstitial *
  • Low dose rate
    - Permanent Implant – Prostate *

     3. Rawatan ubat-ubatan

  •  Kemoterapi
  • Targeted Therapy
  • Terapi hormon

*Perkhidmatan ini akan dijalankan di masa hadapan