Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Soalan Lazim

 

Patologi
Bolehkah saya memohon ujian makmal saya sendiri?
Individu tidak boleh memohon  untuk ujian diri mereka sendiri, hanya Pakar/ Pegawai Perubatan yang dibenarkan untuk membuat permohonan sesuatu ujian bagi pengurusan pesakit.
 
Mengapa anda memerlukan lebih daripada satu tiub darah?
Ujian yang berbeza sering memerlukan tiub berasingan darah, dan sesetengah ujian memerlukan beberapa bahan pengawet khas. Kami berusaha untuk mengambil  jumlah darah yang minimum bagi keperluan ujian yang telah dipesan.
 
Adakah saya perlu berpuasa sebelum ujian makmal perubatan saya?
Individu tidak boleh  makan atau minum apa-apa selama kira-kira 12 jam sebelum ujian. Puasa bermakna anda tidak boleh makan atau minum apa-apa cecair kecuali air kosong. Anda tidak perlu untuk berpuasa melainkan jika doktor anda telah mengarahkan. Dua ujian yang biasa untuk berpuasa adalah ujian glukosa dan profil lipid.
 
Bolehkah saya mengambil ubat-ubatan sebelum menjalani ujian makmal perubatan?
Bergantung kepada ujian makmal yang diperlukan. Sila rujuk doktor anda sebelum spesimen makmal diambil.
 
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan keputusan ujian makmal saya?
Keputusan ujian boleh didapati melalui Pakar/Pegawai Perubatan yang merawat anda.Anggota makmal tidak dibenarkan memberi keputusan ujian secara terus kepada anda.
 
Apa itu transfusi darah?
Transfusi darah adalah rawatan yang melibatkan pemberian darah atau produk darah kepada seseorang atas nasihat doktor.
 
Adakah transfusi darah selamat?
Transfusi darah adalah selamat dan dalam beberapa kes, mungkin satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa. Langkah-langkah pencegahan telah diambil untuk memastikan kualiti dan keselamatan produk darah . Penderma dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan semua darah yang diderma menjalani ujian saringan untuk mengesan penyakit berjangkit yang tertentu.
 
Adakah saya berisiko mendapat sebarang penyakit selepas pengambilan darah?
Tidak.. Polisi KKM menggunakan peralatan yang steril semasa proses pengambilan darah dan tidak diguna semula. Anggota adalah terlatih dalam kawalan infeksi.
Perubatan Tradisional dan komplementari (PT&K)
UMUM

Adakah Unit PT&K di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Ya, Unit PT&K merupakan salah satu unit yang terdapat di sesetengah hospital KKM/kerajaan. Unit PT&K bukan unit swasta.

Bolehkah pesakit bukan kanser mendapatkan rawatan di Unit PT&K, IKN?
Harap maaf, Unit PT&K IKN hanya dapat memberikan rawatan kepada pesakit kanser.
 
Bagaimanakah dengan caj rawatan PT&K yang diberikan?
Buat masa ini hanya caj pendaftaran dikenakan, bergantung kepada surat rujukan yang diperoleh daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta.
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan mengenai caj & bayaran.
 
Berapakah  orang pengamal di Unit PT&K?
Buat masa ini, Unit PT&K mempunyai 2 orang pengamal (iaitu seorang pengamal herba manakala seorang lagi pengamal akupunktur).

Pengamal yang bertugas di Unit PT&K berasal dari mana?
Pengamal-pengamal di Unit PT&K merupakan orang tempatan Malaysia.
 
Adakah pesakit boleh memilih untuk berjumpa dengan pengamal tertentu bagi mendapatkan rawatan?
Pengamal yang bertugas akan memberikan rawatan, tiada pilihan dapat dibuat.
 
Apakah kelayakan pengamal yang bertugas di Unit PT&K?
Pengamal herba dan akupunktur di Unit PT&K, IKN mempunyai sekurang-kurangnya Sarjana Muda dalam Perubatan Tradisional Cina dan berpengalaman.

RAWATAN HERBA

Bolehkah pesakit kanser yang enggan mendapatkan rawatan kemoterapi atau radioterapi, terus mendapatkan rawatan herba sahaja?
Tujuan utama rawatan herba adalah sebagai sokongan kepada rawatan konvensional (seperti kemoterapi, radioterapi) dan melegakan kesan sampingan daripada rawatan tersebut mahupun daripada kanser itu sendiri.
Rawatan herba yang diberikan bukanlah menggantikan rawatan konvensional yang telah doktor pakar/pakar perunding cadangkan.

Bagaimanakah herba disediakan dan bagaimana ia perlu diambil?
Herba yang dibekalkan adalah bentuk serbuk (granule extract).
Herba diambil dengan membancuhnya dalam air suam, tidak perlu direbus atau dimasak.

Adakah herba tersebut bersumberkan haiwan atau tumbuhan?
Semua herba yang dibekalkan adalah daripada ekstrak tumbuhan sahaja.

Adakah herba yang dibekalkan oleh Unit PT&K, IKN mengandungi steroid?
Herba yang dibekalkan tidak mengandungi steroid dan kami memantau kualiti serta keselamatan herba secara berterusan.
 

AKUPUNKTUR

Adakah jarum akupunktur yang digunakan bersih?
• Jarum akupunktur yang digunakan adalah jenis sekali pakai (single use) sahaja.
• Jarum yang telah digunakan akan dibuang dan dilupuskan.
 
Adakah rawatan akupunktur menyakitkan?
• Jarum akupunktur yang digunakan sangat halus (0.25mm), lebih halus daripada jarum jahit, jarum mengambil darah atau batang mancis.
• Oleh itu, biasanya proses memasukkan jarum tidaklah menyakitkan.
 
Adakah rawatan akupunktur mempunyai kesan sampingan?
Adalah biasa bagi pesakit untuk berasa sedikit sengal/sakit yang minima pada tempat dicucuk jarum.